Siri Nier adalah antara RPG paling popular dan berjaya memenangi hati para gamers di seluruh dunia. Dibangunkan oleh PlatinumGames dan diterbitkan oleh Square Enix pada tahun 2010, action RPG ini mengikuti kisah Nier yang ingin mencari cara untuk merawat anak perempuannya daripada virus bahaya bernama Black Scrawl. Dengan ini, PlatinumGames telah mengumumkan versi baru permainan iaitu Nier Replicant ver. 1.22474487139, yang kini dalam pembangunan, dan menampilkan beberapa kelainan berbanding game asal. Maklumat masih sedikit pada masa ini, tetapi game ini akan menampilkan protagonis yang lebih muda, ketika seorang lelaki cuba menyelamatkan adik perempuannya daripara penyakit Black Scrawl.
Siri Nier adalah spin-off daripada francais Drakengard. Secara khusus, ia meneruskan jalan cerita salah satu penamat permainan pertama. Nier berlaku 1,000 tahun selepas kejadian itu, di versi Bumi yang telah hancur. Untuk menyembuhkan anak perempuan, wira memulakan sebuah pengembaraan yang membawanya ke konflik dengan makhluk-makhluk yang dikenali sebagai Shades. Untuk mengetahui keseluruhan cerita, pemain ditugaskan untuk menghabiskan permainan beberapa kali.

Selain daripada protagonis yang lebih muda, ia pasti akan menjadi menarik untuk melihat apakah perbezaan Nier Replicant ver. 1.22474487139 dan permainan asal. Menurut PlatinumGames, Replicant ver. 1.22474487139 adalah lebih kepada remake berbanding remaster. Hanya satu perubahan sahaja yang disahkan buat masa ini untuk permainan iaitu ia kini akan menampilkan lakonan suara penuh.
Nier Replicant ver. 1.22474487139 dijangka akan dikeluarkan pada PlayStation 4, Xbox One, dan Steam. Tiada tarikh pelancaran diumumkan ketika ini tetapi apa-apa info baru, akan terus saya laporkan!
@gamersantaimy
Discussion about this post