Selama bertahun-tahun, peminat Dragon Ball sering tertanya-tanya sama ada Vegeta berjaya mencapai transformasi Super Saiyan 3. Kini, Dragon Ball Daima akhirnya menghadirkan saat yang dinanti-nantikan. Setelah sekian lama menunggu.. Vegeta memakai Super Saiyan 3 yang kini dianggap “canon” dalam naratif rasmi Dragon Ball.
Vegeta’s true stength is unleashed. A brand new episode of DRAGON BALL DAIMA is now available to watch on simulcast. #DragonBall #DAIMA pic.twitter.com/e3vrRSwuZT
— Toei Animation (@ToeiAnimation) December 28, 2024
Perjalanan Vegeta Menuju Kekuatan
Walaupun Super Saiyan 3 adalah salah satu bentuk paling ikonik dalam siri ini, Vegeta melangkau transformasi ini, terus melompat daripada Super Saiyan 2 ke Super Saiyan God dan seterusnya ke Super Saiyan Blue dalam Dragon Ball Super. Ramai peminat percaya Vegeta tidak pernah berminat atau cuba mempelajari transformasi ini.

Namun, Super Saiyan 3 Vegeta akhirnya muncul dalam Dragon Ball Daima semasa pertarungan sengit melawan Tamagami Number Two. Pada mulanya, Vegeta bergelut dalam bentuk Super Saiyan 2, hampir tewas kepada musuhnya. Tetapi apabila dia berjaya mengaktifkan Super Saiyan 3, situasi berubah sepenuhnya.
Vegeta dengan mudah menewaskan Tamagami dengan penuh keyakinan—malah, dia bertarung dengan tangan berlipat, mengingatkan kita kepada Vegito ketika menentang Buu.

Berbanding dengan Goku dalam bentuk SSJ3, penampilan Vegeta sedikit berbeza. Rambutnya tidak terurai panjang seperti Goku, sebaliknya lebih menegak, mencipta gaya yang unik menyerupai landak.

Jadi bagaimana Vegeta memperoleh transformasi ini? Bulma mendedahkan bahawa Vegeta berlatih bersendirian untuk mencapai SSJ3.
Pendedahan ini mengejutkan Goku, yang menyangka transformasi ini terlalu sukar untuk dicapai, memandangkan dia sendiri perlu berlatih mati-matian di alam akhirat untuk mencapainya. Tidak seperti Goku, Vegeta berjaya mencapai bentuk ini hanya melalui keazaman dan latihan intensif di Bumi.

Bagi peminat yang telah lama berdebat sama ada Vegeta mampu mencapai bentuk ini, pengenalannya dalam Daima bukan sahaja menjawab persoalan tersebut, malah menjadi bukti terhadap perkembangan Vegeta sebagai pesaing yang tidak kenal putus asa. Asyik-asyik Goku, akhirnya Vegeta menerima perhatian yang selayaknya.
@gamersantaimy
Discussion about this post