Hari ini, game battle royale percuma, Vampire: The Masquerade – Bloodhunt telah dilancarkan secara rasmi di PS5 dan PC melalui Steam yang boleh di download sekarang. Sebelum ini, Sharkmob telah mengeluarkan game ini secara akses awal di PC sahaja.
Vampire: The Masquerade – Bloodhunt adalah game battle royale di dunia yang wujudnya Vampire. Mereka yang berbeza puak akan berlawan antara satu sama lain dalam pertarungan hebat, dimana mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan. Mereka akan menggunakan senjata, pisau, dan kekuatan ghaib.
Selain itu, mereka juga akan melancarkan battle pass musim 1 untuk pada 29 April dan boleh dapatkan dengan berharga RM43.58 ($9.99). Banyak item dalam game yang boleh korang dapatkan seperti kosmetik, Token, XP boost dan banyak lagi.

Terdapat keunikan dan ciri eksklusif untuk pemain PS5, di mana korang boleh memainkan game ini dengan 60 FPS secara konsisten, walaupun dalam pertarungan yang penuh aksi. Game ini juga mempunyai kejuruteraan audio 3D yang canggih, Sony dan pembangun Sharkmob memberitahu yang pemain boleh menjangka kedudukan musuh berdasarkan bunyi mereka.

Game ini memanfaatkan ciri ‘Adaptive Trigger’ dan ‘Vibration’ yang telah tersedia pada DualSense PS5. Sharkmob berkata maklum balas audio dan haptic ini digabungkan dengan visual Bloodhunt yang mengagumkan untuk mencipta pengalaman yang menghiburkan.
Untuk menjadikan game ini lebih cantik, Sharkmob mengambil sepuluh ribu imbasan dan gambar bandar untuk membuat beribu-ribu tekstur dan aset yang unik. Kerja sepasukan termasuk mengimbas keseluruhan statue untuk mendapatkan butiran yang betul.

Serba sedikit tentang Bloodhunt:
Bloodhunt adalah permainan battle royale yang menyeronokkan dan bebas untuk bermain di dunia Vampire: The Masquerade. Gunakan kekuatan ghaib, senjata, dan kecerdasan anda untuk menguasai malam dan memulihkan Masquerade!
Pengkhianatan dalam puak telah menimbulkan perang di kalangan vampire, yang juga menjadi sasaran pemusnahan oleh kongsi gelap yang dikenali sebagai Entity. Gunakan kekuatan ghaib, senjata, dan kecerdasan anda dalam permainan third-person battle royale ini untuk menguasai malam dan memulihkan masquerade.
Korang boleh download game battle royale percuma, Vampire: The Masquerade – Bloodhunt di PS5 dan PC melalui Steam sekarang. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Bloodhunt, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post