Artifact, ataupun lebih dikenali sebagai card game yang diinspirasi dari DOTA 2 dikatakan tarikh pelancarannya adalah pada November 28, 2018, di Steam. Pada tahun 2019 pula, Valve akan membuat pelancaran Artifact untuk Android dan juga iOS.
Game tersebut menawarkan lebih dari 280 kad dan pemain boleh menjual dan membeli kad di Steam Community Marketplace. Artifact boleh dimainkan pada mereka yang datang ke acara PAX West di Seattle bertarikh Ogos 31 sehingga September 3. Semasa di PAX, pemain akan berlawan sesama sendiri dan setiap peserta akan mendapatkan barangan Artifact, seperti dua kunci untuk Artifact percuma yang akan dilancarkan pada November.
Artifact merupakan card game yang di design oleh Richard Garfield, yang terkenal dengan Magic: The Gathering. Dan, untuk bermain Artifact, pemain perlu membeli game ni dengan harga $20 (MYR 81.45). Kepada mereka yang berminat, boleh lah cuba ye~
@gamersantaimy
Discussion about this post