Valve yang telah membuat perubahan yang besar di Steam, mereka telah menambah ciri khas terbaru seperti “Steam Events” dan merubah bentuk Game Library di Steam. Ketika di GDC 2019 ataupun Game Developer Conference baru-baru ini, Aiden Kroll telah menunjukkan penambahan baru di Steam yang memberikan nafas baru di Steam.
Setiap pengguna akan mendapat Muka Depan Steam Library, kemudian Steam menunjukkan game yang pengguna baru sahaja main di dalam muka depan mereka. Dengan itu, orang dapat tahu game apa yang dimainkan, kemudian pengguna tu boleh mencuba sendiri game apa yang boleh dimain. Dengan reka bentuk yang baru juga, pengguna boleh tahu apa rakan mereka boleh main game apa ketika itu dan game apa yang baru dikemaskini.
Kemudiannya, Valve telah mengeluarkan satu ciri khas yang dipanggil “Steam Events”, Steam Events yang membenarkan developers berkomunikasi dengan pelanggan. Contoh kegunaan Steam Events adalah in-game event yang terikat dengan hari cuti, livestream dari developer, bonus dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post