Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve menunjukkan perkakasan Steam Deck, minta pengguna supaya jangan modifikasi sesuka hati!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2021
in Artikel, Berita, Steam Deck
0 0
0
Valve menunjukkan perkakasan Steam Deck, minta pengguna supaya jangan modifikasi sesuka hati!
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti “handheld PC gaming” Steam Deck oleh Valve akan dilancarkan pada bulan Disember (tarikh tentatif) tidak lama lagi. Ramai gamer sudah pun membuat tempahan untuk peranti ini beberapa bulan lepas, selepas tertarik dengan kata-kata Valve yang menjanjikan sebuah peranti mudah alih canggih untuk bermain game PC klasik dan moden. Sempena itu, Valve telah mengeluarkan video baru yang menerangkan perkakasan di dalam Steam Deck, dan pada masa yang sama, meminta semua orang untuk jangan mengubah atau membuat modifikasi di Steam Deck kepunyaan masing-masing.

Sebelum memulakan proses pembukaan, Valve memberi amaran bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan dan menjelaskan bahawa tindakan membuka Steam Deck boleh membatalkan waranti. Selain itu, mereka memberi amaran bahawa ia juga boleh merosakkan bateri lithium-ion dalam peranti dan sekiranya kita tidak berhati-hati, ia boleh menyebabkan kebakaran dan bahkan kematian.

Selepas mencadangkan alat apa yang selamat untuk dipakai, kita disajikan ke bahagian yang paling dinanti-nantikan sekali. Valve bermula dengan mengeluarkan lapan skru dari bahagian belakang Steam Deck, yang membolehkan kita untuk mencabut penutup belakang. Seterusnya, Valve mengeluarkan bateri Steam Deck supaya ia lebih mudah dan selamat untuk memeriksa bahagian lain.

Perkara pertama yang ditunjukkan oleh Valve adalah cara menukar joystick. Selama proses ini, Valve mengatakan bahawa setiap bahagian dalam konsol ini dihasilkan secara “custom”, jadi para modder harus membeli alat ganti yang sesuai. Malangnya, disebabkan Steam Deck adalah peranti custom, tidak semua bahagian akan tersedia di pasaran. Walau bagaimanapun, Valve akan berusaha untuk menyediakan sumber bagi alat ganti, termasuk thumbstick, SSD, dan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Setelah menukar joystick, Valve teruskan video dengan bahagian SSD. Memang berulang kali Valve kata “supaya jangan ganti komponen dalaman”, lalu menunjukkan bahawa Steam Deck menyediakan slot expansion MicroSD. Walaupun begitu, mereka tetap tunjuk kepada penonton cara-cara menggantikan SSD jika ada apa-apa masalah yang berlaku. Seperti yang kita lihat, mengeluarkan SSD adalah proses yang rumit di mana Valve memberitahu ada pelbagai cara ia boleh merosakkan peranti secara kekal jika sesuatu bahagian dipasang dengan salah atau dilakukan secara tidak betul.

Secara keseluruhan, mesej utama yang Valve ingin sampaikan adalah supaya jangan sesuka hati membuat modifikasi pada Steam Deck. Walau bagaimanapun, mereka cuba memahami kerisauan pengguna dan cuba menyediakan video komprehensif jika pengguna perlu membuat perbaikan serta merta. Pada masa yang sama, Valve juga mengesahkan bahawa mereka akan menyediakan bahagian yang diperlukan setelah Steam Deck dilancarkan secara rasmi.

Buat masa ini, Steam Deck dijangka akan keluar pada bulan Disember. Untuk segala liputan kami tentang peranti ini, sila tekan pautan di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: handheldmodifikasiPCSteam DeckValve
Previous Post

MasterRamen dimasukkan ke ICU kerana serangan jantung

Next Post

Dengan kehadiran Digimon Ghost Game baru, Next Chapter : DIGIVICE-V- turut diperkenalkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dengan kehadiran Digimon Ghost Game baru, Next Chapter : DIGIVICE-V- turut diperkenalkan!

Dengan kehadiran Digimon Ghost Game baru, Next Chapter : DIGIVICE-V- turut diperkenalkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd