Steam Deck Verified adalah kaedah yang baru diumumkan oleh Valve untuk menilai prestasi permainan Steam apabila dimainkan pada Steam Deck yang akan dilancarkan pada bulan Disember ini.
Valve melancarkan program ini untuk melihat keserasian permainan pada Steam Deck dan mengatakan bahawa sistem ini mempunyai empat peringakt gred. Berikut adalah bagaimana permainan Steam akan tersedia mengikut sistem baru ini:
- Verified: Untuk permainan yang bermain dengan baik di Steam Deck tanpa tetapan tambahan. Ghostrunner telah dijadikan contoh semasa pengumuman Valve tetapi banyak lagi permainan lain yang memenuhi kriteria ini.
- Playable: Permainan ini mungkin memerlukan sedikit penyesuaian manual untuk bermain dengan baik di Steam Deck, kata Valve. Syarikat itu menunjukkan Team Fortress 2 sebagai satu contoh.
- Unsupported: Permainan ini sama sekali tidak dapat dimainkan di Steam Deck. Half-Life Alyx, permainan ekslusif VR dijadikan contoh untuk kriteria ini
- Unknown: Valve masih belum menilai permainan ini untuk dimainkan pada Steam Deck. Terdapat permainan berjuta-juta di Steam, jadi kriteria ini akan sering dilihat pada permainan lain.

Permainan harus memenuhi empat kotak kunci untuk memperoleh gred Verified. Steam Deck pada dasarnya adalah gamepad handheld dengan skrin di atasnya, jadi permainan yang Verified akan memerlukan sokongan controller penuh dengan ikon yang sesuai dan juga sokongan papan kekunci pada skrin. Tetapan paparan mereka juga perlu menampung resolusi Steam Deck seperti 1280×800 atau 1280×720 supaya teks mudah dibaca.
Setiap bahagian permainan yang Verified, dari pelancar hingga sokongan anti-cheat, juga harus serasi dengan Proton, lapisan keserasian Windows yang merapatkan jurang antara beberapa permainan dan sistem operasi Linux Steam Deck. Akhir sekali, permainan Verified juga tidak boleh mempunyai amaran keserasian sebagai salah satu kriteria Valce untuk kelancaran permainan.

Valve mengatakan bahawa ia sudah memulakan tugas untuk menilai “keseluruhan katalog Steam di Deck” dan akan memaparkan penilaian keserasian melalui Steam Store di peranti hendheld itu dengan tab “Great on Deck” khusus yang mampamerkan permainan yang Verified.
“Anda akan dapat melihat perincian keserasian Steam Deck untuk setiap tajuk yang telah ditinjau, memberikan anda maklumat yang anda perlukan untuk memberitahu keputusan bermain dan membeli anda,” kata Valve. Ini juga akan lebih mudah untuk melihat bagaimana prestasi perpustakaan Steam anda untuk dimainkan pada peranti itu.

Valve menasihatkan bahawa penilaian permainan mungkin berubah dari masa ke masa, jadi kita akan melihat perubahan pada senarai itu semasa permainan dan Steam Deck diubah.FAQ proses tinjauan menyatakan bahawa pembangun boleh mengemas kini permainan mereka dan meminta penilaian semula untuk meningkatkan penilaian Steam Deck mereka. Valve menjangkakan setiap proses tinjauan selama seminggu selepas permohonan, tetapi mengakui bahawa jangka masa ini akan berubah mengikut kerumitan tajuk-tajuk permainan lain dalam barisan permainan semasa.
Nampaknya Valve berusaha untuk membuatkan Steam Deck mampu bermain permainan PC yang tersedia dalam perpustakaan Steam. Kalau korang nak maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh klik pada pautan ini.
Sumber: Gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post