Dengan kuasa penuh PC di telapak tangan, Steam Deck merupakan antara ‘handheld console’ paling dinantikan pada masa sekarang. Tetapi bukan itu sahaja kelebihannya, Valve juga mengumumkan berita baik tentang Steam Deck buat syarikat yang pakar buat modifikasi dan “modder” yang suka godek sini sana.

Secara lebih khusus lagi, korang boleh membuat casing Steam Deck sendiri menggunakan perisian pencetak 3D printer. Valve telah mengeluarkan blueprint Steam Deck termasuk fail CAD berbentuk PDF yang menunjukkan keseluruhan skema reka bentuk. Ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan teknikal dalam menggunakan pencetak 3D untuk mencipta casing sendiri bagi Steam Deck. Perkara ini tidak akan langgar waranti, jadi jangan risau.
Idea Valve adalah supaya pemilik Steam Deck dapat “customize” penampilan luar konsol mereka. Walaupun masih kelihatan cantik dalam bentuk standard “matte black”, pembeli pasti ingin menunjukkan personaliti masing-masing.
“Kami tidak sabar untuk melihat apa yang dicipta oleh komuniti.”
kata Valve.
Cuma korang perlu tahu, fail CAD ini tidak membenarkan anda membuat keseluruhan casing kerana skru, touchpad, butang, skrin dan perkakasan AMD yang menguasakan peranti tidak dijual secara berasingan. Walaupun begitu, syarikat pengeluar pihak ketiga atau modder mungkin dapat membuat alat ganti sendiri untuk Steam Deck.
Pada masa yang sama, Valve juga sedang memastikan pengguna dapat mencuba sebanyak mungkin game di Steam Deck selepas mengesahkan bahawa 150+ lagi game baru telah disahkan dapat berfungsi dengan lancar di peranti. Ini menjadikan jumlah keseluruhan game yang disokong kepada 310.
@gamersantaimy
Discussion about this post