Steam adalah game engine yang sangat terkenal di seluruh dunia dengan menyediakan pelbagai jenis game seperti Action, Adventure, RPG, Sport, Racing dan banyak lagi. Kini, Valve telah menambah pelbagai bahasa termasuk Indonesia, Slovak dan bahasa Melayu pun ada di dalam Steam.

Melalui laporan di Steam, Valve mengatakan bahawa dengan penambahan bahasa yang disokong oleh Windows memudahkan lebih ramai pemain untuk mencari game di Steam. Jika, anda mencari game, senarai yang ditunjukkan akan menjadi lebih luas apabila anda memilih bahasa pilihan. Untuk berbuat sedemikian, anda perlu menetapkan bahasa pilihan di Setting. Berikut adalah cara-caranya:
- Log in Steam
- Pergi ke Account Detail
- Pilih Language Preferences
- Pilih “Malay” di Additional Game Content”

Namun, bahasa Melayu hanya tersedia pada Additional Game Content di mana ia langsung tidak memberi impak kepada UI Steam, penerangan game atau kandungan pengguna. Tetapi ia akan membantu anda mencari game dengan kandungan yang tersedia dengan bahasa Melayu.

Semasa mencari game, terdapat satu ciri-ciri yang disediakan iaitu “Narrow by Language”. Jadi, memilih bahasa Melayu akan memberikan senarai game yang tersedia dengan bahasa tersebut. Tidak sangka banyak juga game yang menyediakan bahasa Melayu didalamnya seperti Unpacking, GigaBash dan banyak lagi.
Jadi, apa pendapat korang tentang Valve menambah bahasa Melayu di dalam Steam? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post