Valorant baru sahaja mengeluarkan trailer baharu di mana mereka mengumumkan mode baharu iaitu Premier yang akan dilancarkan secara open beta pada 25 April 2023. Ia adalah sebuah mode competitive team-based.

Premier Global Open Beta akan bermula pada 25 April sehingga 23 Mei 2023. Ujian beta ini akan mengandungi 3 fasa seperti di bawah:
- Enrollment period: 25 -28 April 2023
- Weekly Match: 29 April – 20 Mei 2023
- Playoff Tournament: 21 Mei 2023

Sebelum menyertai Premier, terdapat 3 keperluan yang perlu anda patuhi iaitu “SMS Verification, Rank Placement” dan juga “Team”. Jika anda tidak lengkap dengan ketiga-tiga keperluan tersebut, anda tidak boleh menyertai Premier.
Tentang Team, anda boleh membuat pasukan yang terdiri daripada 5 hingga 7 orang sahaja. Jika anda tidak mempunyai pasukan, anda boleh menyertai mana-mana pasukan yang tidak cukup orang.

Selepas pasukan anda selesai dengan barisan pemain, ketua pasukan dikehendaki untuk memilih zon. Perkara ini sangat penting kerana zon akan menentukan server apa yang anda akan main dan jadual perlawanan.
Anda akan dimasukkan ke dalam satu diantara 20 division berdasarkan purata MMR pemain dalam pasukan.
Setiap minggu, anda hanya akan bermain sebanyak 2 perlawanan sahaja di dalam Premier. Setiap perlawanan akan diberikan Premier Score dan markah itu akan menentukan pasukan anda sama ada layak atau tidak untuk ke Playoff Tournament.

Untuk Playoff Tournament, sistem perlawanan adalah sama seperti perlawanan professional di mana ia dilengkapi dengan sistem Pick Map dan Ban Map. Semua pasukan yang memasuki Playoff Tournament akan memasuki Main Bracket.

Apabila anda berjaya menang semua perlawanan, anda akan diberikan Champion Player Carddan Title sebagai ganjaran.

Jika kalah satu perlawanan, pasukan anda akan jatuh ke Consolation Bracket di mana anda akakn bertarung untuk tempat ketiga sahaja. Anda juga akan diberikan Player Card dan Title sebagai ganjaran.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa mode Premier ini akan dilancarkan pada 25 April secara Open Beta di Valorant. Untuk sebarang maklumat berkaitan Premier, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post