Dihasilkan oleh pembangun game Singapura XII Braves, Valiant Force 2 kini tersedia untuk dimainkan di rantau Asia Tenggara! Anda yang ingin bermainnya, bolehlah pergi ke Google Play untuk pengguna Android atau App Store untuk pengguna iOS.

Untuk pengetahuan anda, game ini merupakan game RPG Strategi dalam talian yang boleh dimainkan secara percuma dan juga sekuel kepada game pertama yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Anda akan berdepan dengan demon, pemberontak dan raksasa buas menggunakan mekanik biasa dengan beberapa kelainan taktikal baru.

Tentang Valiant Force 2
Kehilangan Crystal of Arathos dan penjaganya Leon Daracan, telah mendedahkan Arathos kepada bahaya dari luar pantainya. Penduduk di alam itu mendapati diri mereka semakin terperangkap; ada yang berpegang pada kepercayaan mereka kepada Hero of Arathos, sementara yang lain mengutuknya kerana pengkhianatannya yang jelas.

Elise Arkwright, seorang kesatria bersedia untuk bertugas. Bersama rakan-rakannya, Felix Vulcan dan Maeve Astraea, Elise akan menghadapi segala jenis bahaya dalam usaha untuk membawa semula keamanan dan kestabilan di alam itu.
Tanggungjawab mereka terhadap alam akan membawa mereka untuk mempersoalkan perkara yang mereka pernah percayai — Crown, ikatan mereka malah kebenaran.

Berikut adalah ciri-ciri penting game:
- Sistem Battle Klasik
- Kuasai medan perang dan memperdayakan lawan anda dengan sistem turn-based klasik. Tingkatkan skill set dan power level dengan Hero Job System dan sesuaikan Hero anda agar sesuai dengan gaya bermain anda dengan pelbagai peralatan dan rune!
- Sistem Kombat Unik
- Sistem Aura Trigger yang telah menentukan pertempuran unik Valiant Force kembali—kali ini, di medan perang yang lebih besar! Kuasai ciri tempur baharu seperti dinamik Elemental dan Auron Card akan menjadi kunci untuk mengubah pertempuran memihak kepada anda!

- Pertempuran Kapal Terbang
- Terbang ke langit dalam mod PVP serba baharu dan libatkan diri dalam pertarungan yang menarik di mana anda cuba untuk memusnahkan kapal udara berkuasa Zephyrite musuh!
- Barisan Hero Baru
- Seru familiar yang dikenali seperti Valiant dan Dark Lord—dan wira baharu termasuk Stormborn League dan Sons of Midas —untuk menyertai anda dalam pengembaraan epik ini!

- Acara In-Game yang Luas
- Terokai Arathos selepas acara kempen utama dan mendalami cerita dan quet baharu yang akan dikeluarkan secara tetap, menampilkan wira baharu dan lama. Pengembara paling berani akan memperoleh ganjaran paling eksklusif!
- Soundtrack Hebat
- Kembali nikmati karya agung En. Hitoshi Sakimoto, komposer game video Jepun yang terkenal dengan skor Final Fantasy Tactics dan Final Fantasy XII.
Jadi apa tunggu lagi? Pergi ke gedung game masing-masing untuk kembali ke Arathos! Untuk liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post