Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Vader Immortal: A Star Wars VR Series” rasmi keluar di PSVR hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2020
in Artikel, Berita, Game Baru, VR
0 0
0
“Vader Immortal: A Star Wars VR Series” rasmi keluar di PSVR hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Pemaju ILMxLAB dan penerbit Disney Interactive akhirnya melancarkan Vader Immortal: A Star Wars VR Series untuk PlayStation VR dan bagi mereka yang tidak tahu, game action-adventure berdurasi tiga episod ini sebenarnya dilancarkan pada Mei 2019 untuk rangkaian Oculus VR. Jalan cerita berlangsung selepas peristiwa Star Wars: Episode III – Revenge Of The Sith (2005), dan mengikuti kisah seorang penyeludup yang beroperasi berhampiran Mustafar, dunia berapi yang juga merupakan tempat tinggal Darth Vader.

Pemain akan berpeluang menggunakan lightsaber, menjelajah kubu Darth Vader dan menerokai planet Mustafar yang menakutkan. Setiap episod juga menampilkan Lightsaber Dojo, yang digambarkan sebagai “mod latihan terbuka di mana anda dapat mengasah kemahiran dengan senjata Jedi Knight dan membuka pemegang lightsaber berbeza”. Tonton trailer Vader Immortal: A Star Wars VR Series di bawah:

Ketiga-tiga episod Vader Immortal: A Star Wars VR Series, bersama fitur Lightsaber Dojo, akan digabungkan bersama dalam satu set untuk PSVR.

“Kembali pada tahun 2016, ketika ILMxLAB mula-mula bercaka[ tentang membuat siri VR kanon yang menumpu kepada Darth Vader, tujuan kami adalah untuk menceritakan kisah baru dan unik tentang salah satu penjahat paling terkenal di galaksi. Kami ingin membawa anda ke dunia Star Wars dengan cara yang hanya dapat dilakukan melalui penceritaan mendalam di VR.” -pengarah kreatif Mark Miller.

Pada bulan lepas, Camouflaj melancarkan Iron Man VR untuk PSVR dan kalau anda berminat dengan isi kandungannya, mari baca ulasan saya di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Darth VaderPlayStation VRpsvrVader Immortal: A Star Wars VR Seriesvr
Previous Post

Powerpuff Girls akan dapat reboot live-action! Bukan kanak-kanak tapi versi dewasa!

Next Post

DLC 4 BORDERLANDS 3 ‘Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck’ didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DLC 4 BORDERLANDS 3 ‘Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck’ didedahkan!

DLC 4 BORDERLANDS 3 ‘Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck’ didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd