Konami Digital Entertainment Limited hari ini telah melancarkan kandungan boleh dimuat turun (DLC) UEFA EURO 2020 sebagai sebahagian daripada Data Pack 7.0 untuk eFootball PES 2020. DLC UEFA EURO 2020 kini tersedia, secara percuma, kepada sesiapa sahaja yang memiliki atau ingin beli eFootball PES 2020 di PlayStation 4, Xbox One atau PC Steam.
Sempena kejohanan yang akan berlangsung pada tahun 2021, penyesuaian telah dibuat kepada kandungan untuk kemas kini percuma. Maklumat lengkap DLC, yang dilancarkan dengan sokongan penuh UEFA, adalah seperti berikut:
- Kesemua 55 pasukan kebangsaan UEFA, serta senarai pemain dan kit sedia ada;
- Mod kejohanan rasmi UEFA EURO 2020;
- Rekaan setia dan realistik ke Stadium Wembley dan Stadium Saint Petersburg
- Bola perlawanan rasmi Peringkat Kumpulan UEFA EURO 2020;
Lebih banyak maklumat tentang pemain, pertandingan bertema, dan acara UEFA EURO 2020 akan didedahkan dalam masa terdekat. eFootball PES 2020 membawa pengalaman bola sepak Amerika Selatan yang paling sahih dengan Data Pack 7.0. Kit musim baru dari pasukan Brazil: Palmieras, Sao Paulo, SC International dan Cruziero dilancarkan bersama dengan kit dari paskan Argentina: Estudiantes dan Newell’s Old Boys. Untuk semua berita terkini mengenai PES2020 dan sila ikuti halaman FB rasmi di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post