Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update terbesar Guilty Gear Strive bersama ujian beta cross-play

safwan by safwan
May 26, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Update terbesar Guilty Gear Strive bersama ujian beta cross-play
Share on FacebookShare on Twitter

Guilty Gear Strive akan menerima update terbesar pada 10 Jun ini dan diikuti ujian beta cross-play yang akan bermula pada pertengahan tahun. Pendedahan ini dibuat menerusi stream acara ulang tahun pertamanya.

Dalam acara tersebut, mereka mendedahkan maklumat bahawa update kali ini akan mengimbangi semula setiap watak yang boleh dimainkan. Ia juga akan melibatkan pelarasan kepada kawalan dan mekanik game untuk mengubah gameplay.

Bagi ujian beta cross-play Guilty Gear Stive, ia dijangka akan bermula pada pertengahan tahun ini. Mereka mengatakan yang tarikh tersebut adalah dirancang dan boleh berubah. Ujian beta ini akan melibatkan pemain dari PS4, PS5 dan juga PC melalui Steam.

Guilty Gear Strive Cross-play beta

Selain itu, Arc System Works mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan Starter Edition 2022 yang akan mengandungi base game dan Season Pass 1 pada 9 Ogos di Jepun. Berikut adalah pakejnya:

  • Guilty Gear: Strive base game
  • Guilty Gear: Strive Season Pass 1Additional Colors
    • Watak tambahan #1: Goldlewis Dickinson
    • Watak tambahan #2: Jack-O’
    • Watak tambahan #3: Happy Chaos
    • Watak tambahan #4: Baiken
    • Watak tambahan #5: Testament
    • Stage tambahan: Lap of the Kami
    • Stage tambahan: White House Reborn
    • Penambahan Cerita
Guilty Gear Strive Cross-play beta

Seterusnya, mereka juga akan mula menjual soundtrack original iaitu Necessary Discrepancy di pelbagai platform mulai 27 Mei ini. Sebelum ini, mereka telah menjualnya secara eksklusif di Tower Records pada bulan Mac yang lalu. Dalam soundtrack tersebut akan mempunyai jumlah sebanyak 25 lagu bersama 2 CD termasuk dengan 24 lagu vokal yang ada pada Season Pass 1 dan semestinya lagu tema Season 2.

Jika korang berminat, boleh dapatkan di General Sale di laman Website e-commerce Arc System dan platform lain seperti Apple Music, Amazon Prime Music, Spotify dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan korang, Guilty Gear Stive adalah game fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Game ini telah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam pada 11 Jun 2021.

Dengan menerima update terbesar bersama ujian beta cross-play Guilty Gear Strive, adakah korang akan turut serta dalam ujian beta nanti? Untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai Guilty Gear Strive, sila klik pautan ini.

Lihat di sini
Guilty Gear -Strive-
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Arc System Works
Release Date: 2021-04-06
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam
Guilty Gear -STRIVE- adalah permainan fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Guilty Gear Strive
Previous Post

Elon Musk tunjuk build Elden Ring, terus kena bahan oleh komuniti

Next Post

Panduan untuk bermain game mobile secara bajet! Jom jimat duit!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Panduan untuk bermain game mobile secara bajet! Jom jimat duit!

Panduan untuk bermain game mobile secara bajet! Jom jimat duit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd