Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update PS5 sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB – info penuh!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2023
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Update PS5 sokong ciri Dolby Atmos & M.2 SSD hingga 8TB – info penuh!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan butiran baru tentang update akan datang PlayStation 5 (PS5) yang memperkenalkan beberapa ciri baharu termasuk pilihan audio yang dikuasakan oleh peranti Dolby Atmos dan sokongan untuk M.2 SSD berkapasiti lebih besar sehingga 8TB.

Buat masa sekarang, update ini hanya tersedia secara akses beta dan dihadkan kepada peserta jemputan di negara terpilih (malangnya, tiada Malaysia), tetapi Sony merancang untuk mengeluarkan update ini di seluruh dunia pada hujung tahun ini.

New PS5 system software beta features revealed:

🎮 Added accessibility features
🔈 Support for compatible @Dolby Atmos-enabled audio devices
🖥️ Social feature enhancements
💾 Larger-capacity M.2 SSD support

➡️ Full details at PS Blog: https://t.co/RyzgdMeWrS pic.twitter.com/DdtUahSyGj

— PlayStation (@PlayStation) July 31, 2023

Berikut antara penambanan terbaru:

Guna controller kedua untuk “membantu“

Kredit: PlayStation

Anda boleh menetapkan controller kedua kepada satu akaun sebagai “assist controller”, dan menggunakan dua controller tersebut secara serentak untuk mengawal konsol PS5 (seolah-olah anda menggunakan satu alat kawalan). Ciri ini direka untuk membantu rakan atau kanak-kanak menavigasi bahagian yang sangat mencabar dalam sesetengah game.

  • Untuk menggunakan assist controller, pergi ke [Settings] > [Accessibility] > [Controllers] > [Use Second Controller for Assistance], dan kemudian hidupkan [Use Assist Controller].
  • Anda boleh menggunakan assist controller apabila controller utama ialah DualSense, DualSense Edge, atau controller pihak ketiga yang disokong PS5.**
    • DualSense Edge tidak boleh digunakan sebagai assist controller.

Maklum Balas Haptik untuk UI Sistem

Anda mempunyai pilihan untuk menghidupkan kesan maklum balas haptik semasa menavigasi PS5 dengan DualSense, DualSense Edge atau PS VR2 Sense.

  • Apabila didayakan, kesan bunyi sistem untuk perkara tertentu akan dicerminkan secara fizikal melalui haptik, seperti fokus bergerak, mencapai had pada bahagian boleh tatal, menandakan kotak atau apabila anda menerima notifikasi atau memulakan game. Ciri optional ini meningkatkan keasyikkan dan amat berguna untuk pemain yang mempunyai masalah penglihatan atau kurang upaya pendengaran.
  • Untuk menghidupkan ciri ini, pergi ke [Settings] > [Accessibility] > [Controllers], dan kemudian hidupkan [Haptic Feedback During Console Navigation].

Sokongan untuk peranti audio Dolby Atmos yang serasi

Kredit: PlayStation

Audio 3D yang dikuasakan oleh Tempest 3D AudioTech kini boleh dinikmati oleh mereka yang memiliki peranti HDMI berdaya Dolby Atmos yang serasi seperti soundbar, TV atau sistem teater rumah. Tempest 3D AudioTech secara khusus render kepada peranti audio Dolby Atmos yang sedang digunakan – termasuk saluran overhead – membolehkan tahap keasyikan yang lebih tinggi dalam skop audio game PS5.

Untuk menghidupkan Dolby Atmos, pergi ke [Settings] > [Sound] > [Audio Output] > [Audio Format (Priority)], dan kemudian pilih [Dolby Atmos].

Sokongan untuk M.2 SSD berkapasiti lebih besar

Anda boleh menggunakan SSD M.2 dengan kapasiti maksimum 8TB (peningkatan daripada had 4TB sebelumnya) untuk meluaskan ruang storan pada konsol PS5. Syaratnya adalah M.2 SSD anda mesti memenuhi keperluan yang digariskan pada halaman ini.


Untuk baca butiran penuh tentang update ini, sila layari laman blog rasmi PlayStation. Untuk membaca segala berita kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dolby Atmosps5SSD
ShareTweetSend
Previous Post

Good Night World Akan Tayang Pada 12 Oktober di Netflix! Kisah Satu Keluarga Bermain Game Bersama!

Next Post

Barisan filem hangat bakal tiba di Malaysia pada bulan Ogos 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Barisan filem hangat bakal tiba di Malaysia pada bulan Ogos 2023!

Barisan filem hangat bakal tiba di Malaysia pada bulan Ogos 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd