Update percuma kedua untuk Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin akan tiba di Nintendo Switch dan PC pada 5 Ogos. Kemas kini ini akan memperkenalkan raksasa baru untuk diburu, iaitu Elder Dragon Kulve Taroth, serta sepasang ‘monstie’ (rakan raksasa) untuk pemain berkawan. Setelah kemas kini, anda dapat melawak Kulve Taroth dalam Co-Op Expedition Quest. Selain itu, ‘monstie’ baru yang bakal diperkenalkan adalah varian raksasa sedia ada: Hellblade Glavenus dan Boltreaver Astalos.
Update kedua Monster Hunter Stories 2 tiba hanya beberapa minggu setelah kemas kini pertama untuk permainan, yang memperkenalkan Palamute dari Monster Hunter Rise sebagai rakan raksasa. Untuk mendapatkan Palamute, anda perlu mendapatkan Palamute Ticket (sama ada dengan membelinya dari Melynx Inc. atau menyelesaikan five-star quest bernama Throw Me a Bone) dan menggunakannya untuk memulakan Palamute Den Expedition Quest. Anda boleh membaca panduan saya untuk penjelasan penuh.
Capcom mempunyai tiga lagi kemas kini untuk Monster Hunter Stories 2 yang dirancang hingga ‘musim luruh’ berikutan Title Update 2. Title Update 3 akan dilancarkan pada awal September dan menambah tiga Monstie baru: Soulseer Mizutsune, Elderfrost Gammoth, dan Oroshi Kirin. Title Update 4 akan menyusul tidak lama selepas itu dan menambahkan Dreadking Rathalos dan Molten Tigrex, serta versi dengan ‘difficulty’ yang lebih tinggi untuk Kulve Taroth Co-Op Quest.
Akhir sekali, Title Update 5 akan dikeluarkan pada bulan Oktober. Itu juga akan memperkenalkan dua Monstie baru iaitu Silver Rathalos dan Gold Rathian – serta raksasa baru yang masih belum didedahkan untuk kita bertarung di Co-Op Expedition Quest. Anda boleh melihat roadmap bagi kemas kini Monster Hunter Stories 2 di atas. Monster Hunter Stories 2 kini dilancarkan pada Switch dan PC pada 9 Julai lalu dan merupakan sukses untuk Capcom, di mana ia terjual lebih dari satu juta salinan di seluruh dunia. Untuk meraikan pelancaran permainan, Capcom menawarkan Launch Starter Pack percuma yang termasuk sejumlah item untuk membantu pemain memulakan pengembaraan mereka.
Sumber – Capcom

@gamersantaimy
Discussion about this post