Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update baru Call of Duty: Warzone akan membanteraskan HACKER & CHEATER!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2020
in Artikel, Battle.net, Berita, Bimbingan, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Update baru Call of Duty: Warzone akan membanteraskan HACKER & CHEATER!
Share on FacebookShare on Twitter

Hacker dan Cheater kini merosakkan pengalaman di Call of Duty: Warzone dan Call of Duty: Modern Warfare. Ia terlalu teruk sehingga pemain PS4 dan Xbox One terpaksa mematikan ciri cross-play untuk mengelakkan diri daripada hacker di PC, di mana masalahnya berasal. Pada masa lalu, pemaju Infinity Ward telah mengharamkan banyak cheater dan hacker, tetapi nampaknya cara ini tidak cukup berkesan. Oleh itu, Infinity Ward akan memperluaskan lagi cara mengesan cheater yang mengeksploitasi permainan mereka.

Di Twitter, Infinity Ward mengumumkan kemas kini anti-cheat baru untuk permainan dan mendedahkan feature baru dalam permainan yang melibatkan cara-cara baru untuk melaporkan pemain. Lebih khusus lagi, Infinity Ward mendedahkan bahawa pemain – mulai minggu ini – akan menerima pengesahan dalam permainan apabila cheater yang mereka laporkan sudah diharamkan.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1252756203416850432

“Pemain di Warzone dan Modern Warfare yang melaporkan cheater yang disyaki akan menerima pengesahan dalam permainan apabila pemain tersebut diharamkan,” – Infinity Ward.

Bersama ciri ini, Infinity Ward juga meningkatkan keselamatan permainan dan kini akan meletakkan semua penipu yang disyaki dalam satu perlawanan. Selain itu, mereka akan berusaha menambahkan fungsi laporan ke mod KILLCAM dan SPECTATE. Ini membolehkan pemain untuk melaporkan cheater semasa melihat killcam atau tontonan umum.

Sudah tentu, kita masih belum tahu betapa besar impak kemas kini tetapi mudah-mudahan ia menjadikan Call of Duty: Warzone dan Call of Duty: Modern Warfare setaraf dengan game multiplayer lain yang menggunakan ciri-ciri serupa. Untuk liputan lanjut mengenai Call of Duty, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of Duty: Modern WarfareCall of Duty: WarzonecheaterHackerinfinity wardUpdate
Previous Post

[Updated] DIGIMON SURVIVE nampaknya bukan ditangguhkan, sebaliknya tarikhnya masih dalam perbincangan!

Next Post

Seorang pemain SIMS 4 berjaya mereplikasikan semula RUMAH KAMPUNG! Memang nostalgik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Seorang pemain SIMS 4 berjaya mereplikasikan semula RUMAH KAMPUNG! Memang nostalgik!

Seorang pemain SIMS 4 berjaya mereplikasikan semula RUMAH KAMPUNG! Memang nostalgik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd