Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Untuk alami shooter paling realistik, cuba Ghost Recon Breakpoint secara PERCUMA hujung minggu ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Ubisoft Connect, Xbox One
0 0
0
Untuk alami shooter paling realistik, cuba Ghost Recon Breakpoint secara PERCUMA hujung minggu ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan kemas kini besar dan story expansion yang menampilkan francais Splinter Cell, Ubisoft mengejutkan kita sekali lagi dengan berita bahawa Ghost Recon Breakpoint boleh dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini di semua platform!

Tempoh percuma ini berlangsung dari 26 hingga 29 Mac dan melibatkan versi penuh permainan pada PlayStation 4, Windows PC, dan Xbox One. Beberapa hari lepas, Breakpoint dikemas kini dengan patch “The Ghost Experience“. Kempen baru ini memberi tumpuan yang lebih besar ke atas elemen bertahan hidup dan ciri-ciri taktikal.

Ia juga menampilkan Sam Fisher sebagai NPC yang memulakan jalan cerita “Deep State” di Breakpoint. DLC berasaskan cerita ini adalah kandungan premium, dan hanya tersedia untuk pemain yang membeli pas musim Tahun 1. Tetapi, tawaran hujung minggu percuma bermakna semua orang dapat memainkan misi pertama Deep State. Untuk memulakannya, pergi ke Erewhon (pangkalan hub Breakpoint) dan cari Holt, pemberi misi yang memulakan jalan cerita tersebut.

Pada bulan November lalu, Ubisoft Paris membuat kaji selidik komprehensif di mana peminat francais Tom Clancy menjawab bahawa mereka mahukan ciri-ciri permainan yang menegaskan unsur-unsur “survival“.

Respons Ubisoft ialah pengenalan mod “The Ghost Experience“. Di dalam mode ini, pemain boleh memilih untuk mengehadkan kekuatan, stamina, dan keupayaan untuk menyembuhkan watak mereka. Ini adalah untuk menjadikan permainan lebih mencabar dan memberi pengembaraan taktikal yang realistik.

Untuk rakan-rakan yang suka permainan perang, jangan mensia-siakan peluang untuk cuba Ghost Recon Breakpoint sekarang!

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Deep StateFreeGhost Recon BreakpointPCPercumaPS4ubisoftXbox One
Previous Post

Zombie co-op shooter terkenal, World War Z kini PERCUMA di EPIC GAMES STORE! Muat turun sekarang bersama kawan-kawan!

Next Post

Tiga nama besar: BioShock, Borderlands & XCOM 2 akan hadir di Nintendo Switch pada 29 MEI 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tiga nama besar: BioShock, Borderlands & XCOM 2 akan hadir di Nintendo Switch pada 29 MEI 2020!

Tiga nama besar: BioShock, Borderlands & XCOM 2 akan hadir di Nintendo Switch pada 29 MEI 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd