Setelah khabar angin mengenai Until Dawn dibualkan beberapa hari yang lalu, akhirnya pengumuman rasmi telah dibuat semasa livestream State of Play pada hari ini. Dibangunkan oleh Ballistic Moon Until Dawn bakal tersedia di PS5 dan PC melalui Steam pada tahun 2024. Bersama-sama pengumuman tersebut, kita turut mendapat trailer pertama untuk port baharu game tersebut.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, Until Dawn telah membawa penambahbaikan pada game khas daripada pasukan Ballistic Moon. Selain daripada penggunaan alatan dan teknik baru, Animasi watak juga dibaik pulih malah watak, persekitaran dan VFX untuk mendapat upgrade, menjadikannya pengalaman sinematik seram yang dipertingkatkan.

Antara perubahan yang diberikan pada game ini adalah, ia menggunakan palet warna dan perspektif baharu untuk menjadikan cerita lebih emosional. Bukan setakat itu sahaja, sudut gelap Blackwood Mountain turut dipancarkan cahaya malah terdapat kamera third-person untuk anda melihat di sebalik tirai game original dan meneroka lokasi yang dipertingkatkan dan baharu dengan interaksi baharu dan collectable.

Gabungan antara kamera third-person dan menambah animasi pergerakan yang kontekstual, kini pemain boleh merasai pengalaman malam dengan lebih imersif. Audio Until Dawn juga mendapat penambahbaikan yang besar, memaparkan skor baharu daripada Mark Korven, komposer seram legenda.
Naratif game akan kekal sama tetapi akan ada beberapa pengembangan pada bahagian emosi yang belum diteroka dalam cerita. Nantikan pengumuman lanjut mengenai Until Dawn baharu ini pada masa akan datang.

Tidak dilupakan juga dengan adaptasi filem oleh PlayStation Productions dan Screen Gems yang akan diarahkan oleh David F. Sandberg (Lights Out, Annabelle: Creation) dan screenplay yang ditulis oleh Gary Dauberman (It: Chapter Two, The Nun and The Nun II) dan Blair Butler (The Invitation). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai filem tersebut melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post