KEMAS KINI: UNIQLO akan mengeluarkan koleksi kolaborasi UT OSHI NO KO (My Favorite Idol) baharu pada hari Jumaat, 5 Julai.
Bagi dewasa, Baju t-shirt lengan pendek terdiri daripada saiz XS hingga 3XL, dan datang dalam 5 rekaan. Harga bagi sehelai baju adalah RM59.90. Bagi kanak-kanak, item terdiri daripada saiz 100cm hingga160cm, dan datang dalam 4 rekaan. Harga bagi sehelai adalah RM59.90.
Artikel original adalah seperti berikut:
Semalam, UNIQLO Malaysia telah mengumumkan kolaborasi dengan siri manga/anime popular Oshi no Ko, yang menampilkan koleksi UT original eksklusif.
Berita ini diumumkan di halaman Facebook rasmi mereka, yang mempamerkan reka bentuk untuk koleksi tersebut. Koleksi UNIQLO UT ini terdiri daripada pelbagai reka bentuk yang menampilkan watak popular dalam Oshi no Ko seperti Ai Hoshino, kumpulan B-Komachi, Aqua dan Ruby. Koleksi ini tersedia di kedua-dua kategori Kanak-kanak dan Uniseks.
Berikut adalah koleksinya:
Koleksi di atas akan dilancarkan pada Julai 2024. Mereka yang berminat boleh wishlist koleksi tersebut di aplikasi UNIQLO.
Tentang Oshi No Ko

Oshi no Ko merupakan siri manga yang ditulis oleh Aka Akasaka, pencipta Kaguya-sama: Love is War dan dilukis oleh Mengo Yokoyari, pencipta Scum’s Wish. Siri ini pertama kali diterbitkan melalui majalah Weekly Young Jump milik Shueisha pada April 2020.
Kini sudah 11 jilid manga yang telah dilepaskan dan jilid ke-12 akan dilepaskan pada Julai 2023. Versi bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh Yen Press. Anda juga boleh membacanya secara percuma dalam talian melalui aplikasi dan laman web Manga Plus.
Musim kedua siri anime juga dijadualkan untuk tayang pada tahun ini, tetapi tiada tarikh rasmi yang dijadualkan. Jadi kita nantikan pengumuman baharu pada masa akan datang.
For those who somehow don’t know, Oshi no Ko is a Japanese manga series that was written by Aka Akasaka and illustrated by Mengo Yokoyari. The manga began serialization in Shueisha’s Weekly Young Jump in April 2020 and is still ongoing today.
@gamersantaimy
Discussion about this post