Infinite Forbidden -English Edition for Asia- adalah set booster terbaharu dalam permainan Yu-Gi-Oh! Official Card Game (OCG), dan sudahpun dilancarkan sejak 7 September 2024 di Malaysia.

Apa yang menarik tentang set kali ini ialah ia memperkenalkan semula salah satu watak paling ikonik iaitu: Exodia the Forbidden One, dan menjanjikan strategi baharu, kad-kad yang lebih kuat, serta mekanik inovatif yang akan mentransformasi bagaimana dek berasaskan Exodia dimainkan.
Dengan baik hatinya, Konami telah menghantar kami satu pek, jadi berikut adalah unboxing kami untuk Yu-Gi-Oh Infinite Forbidden!
Pengenalan Umum

Infinite Forbidden adalah set core booster kelima dalam siri ke-12 OCG, mengikuti Legacy of Destruction. Ini adalah keluaran istimewa untuk pemain veteran dan pendatang baru, yang menampilkan raksasa ikonik, archetype yang dikemaskini, dan kembalinya mekanik Exodia. Untuk unboxing ini, Konami telah memberi Infinite Forbidden +1 Bonus Pack.
Set ini mengandungi 121 kad secara keseluruhan, yang diagihkan seperti berikut:
- 1 Quarter Century Secret Rare
- 15 Ultra Rares
- 18 Super Rares
- 25 Rares
- 62 Commons
Strategi Baharu untuk Exodia

Ciri yang paling menarik dalam Infinite Forbidden adalah sokongan baharu untuk dek Exodia. Pemain kini boleh memanggil Fusion Monster versi Exodia, memberikan cara yang lebih aktif untuk menggunakan watak ikonik ini. Dengan mendedahkan lima kepingan Exodia dalam tangan atau meletakkannya di atas padang, pemain boleh memanggil Fusion Exodia, yang kebal daripada kesan pemusnahan kad.
Fusion Exodia bukan sahaja kuat secara semulajadi, tetapi juga mempunyai mekanik unik yang membolehkannya menambah Life Points anda kepada Attack Points setiap giliran. Peningkatan kuasa ini menjadikan Exodia semakin kuat dalam duel yang berlanjutan. Selain itu, ia boleh menidakkan satu kad Spell atau Trap setiap giliran dan menarik kad Spell/Trap bertema Exodia dari dek anda, memberikan sumber yang tidak habis-habis untuk menguasai perlawanan.
Untungnya, kami berjaya dapat kad The Unstoppable Exodia Incarnate, yang juga adalah muka depan set ini!
Archetype dan Support Baharu

Set Infinite Forbidden juga memperkenalkan beberapa archetype baharu serta menawarkan sokongan kepada archetype sedia ada seperti:
- Dark Magician
- Armed Dragon
- Drytron
- Madolche
- Puppet
- Rank-Up-Magic
- Guardian

Selain itu, ia memperkenalkan archetype baharu seperti:
- Mulcharmy
- Fiendsmith
- White Forest



Bagi peminat di Malaysia, set The Infinite Forbidden sudah dilancarkan sejak 7 September 2024, dan boleh didapati di kedai-kedai yang sah. Untuk maklumat lanjut tentang kad dan pek terbaru Yu-Gi-Oh OCG, anda boleh melayari media sosial rasmi mereka di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post