Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Unboxing] TMNT: The Cowabunga Collection – Kembali ke zaman klasik bersama Leornado & adik beradiknya!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 13, 2022
in Artikel, Game, Nintendo Switch, PC, Platform, Unboxing, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Unboxing] TMNT: The Cowabunga Collection – Kembali ke zaman klasik bersama Leornado & adik beradiknya!
Share on FacebookShare on Twitter

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection telah dilancarkan pada 30 Ogos yang lalu untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Kalau anda ingin tahu Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection ini mengandungi kompilasi 13 game ikonik yang sudah ditambah baik. Selain itu, terdapat pelbagai item yang tersedia khas untuk koleksi game ini.

Terima kasih Konami atas pemberian hebat ini. Ingin tahu apa yang tersedia dalam Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection ini? Jom kita lihatnya bersama-sama!

Seperti edisi koleksi yang lain, TMNT: The Cowabunga Collection memberikan salinan game fizikal kepada para peminat. Disebabkan kami dapat versi Nintendo Switch, jadi sudah tentu kami mendapat game card yang kecil untuk dimainkan dalam konsol tersebut.

Selain itu, anda akan dapat diorama akrilik yang menampilkan Leonardo, Donatello, Raphael dan Michaelangelo. Diorama ini mengandungi empat lapisan berbeza tetapi amat mudah untuk disusun. Anda hanya perlu masukkan setiap lapisan di ruang kosong yang telah disediakan pada tapak diorama ini.

Selain mendapat diorama akrilik, korang juga akan mendapat kad lutsinar yang menampilkan watak dari siri TMNT: Tournament Fighter. Sebanyak 12 kad yang berbeza reka bentuk diberi kepada para peminat dan sekaligus mengingatkan saya kepada kartun ini pada zaman 80-90an.

Seterusnya adalah koleksi pin besi dalam artstyle pixel untuk beberapa watak dan kenderaan daripada siri TMNT. Terdapat watak Shredder dan Krang manakala untuk kenderaan pula adalah Technodrome, Turtle Blimp dan Party Wagon.

Antara yang menarik perhatian saya adalah poster kain ini, lukisan dan warnanya amat bagus. Kita boleh tengok Leonardo dan adik-beradiknya seperti berada di portal masa kerana poster ini memaparkan adaptasi TMNT: Turtle in Time oleh Kevin Eastman dan artstyle lukisan sama seperti di dalam komik.

Akhir sekali anda juga akan mendapat sebuah artbook yang mengandungi sebanyak 180 muka surat yang menampilkan bab khusus untuk setiap 13 game dalam kompilasi ini. Untuk mereka yang suka tengok rekaan watak boleh tengok buku ini kerana buku ia menunjukkan banyak konsep seni watak dan papan cerita awal.

Itu sahaja yang kami boleh tunjukkan kepada anda untuk Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection. Kami juga ada memberikan review untuk game ini, kalau anda ingin baca review tersebut boleh tekan pautan ini.

Untuk baca berita dan artikel lain tentang Teenage Mutant Ninja Turtles, boleh tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameProdukswitchTeenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection
Previous Post

Dapatkan set Magic: The Gathering – Unfinity sekarang, kini tersedia di Malaysia!

Next Post

Interview Team OG (pra-TI 11) — “Tiada pressure, kita bermain Dota yang terbaik boleh”

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Interview Team OG (pra-TI 11) — “Tiada pressure, kita bermain Dota yang terbaik boleh”

Interview Team OG (pra-TI 11) -- "Tiada pressure, kita bermain Dota yang terbaik boleh"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd