Bukan rahsia lagi yang kami suka figura keluaran S.H. Figuarts, jadi artikel unboxing kali ini menampilkan figura Ultraman Leo yang baru dikeluarkan hujung tahun lepas. Jika korang peminat Ultraman, lagi-lagi Leo, mungkin figura ini boleh masuk wishlist.

Dihasilkan oleh Bandai Tamashii Nations, figura Ultraman Leo ini berukuran 150 mm tinggi dan dicipta dengan bantuan pasukan pengacuan rasmi Tsuburaya, LSS (Light Sculpture Studio). Dibuat khusus untuk set S.H. Figuarts Ultra Hero, figura Ultraman Leo termasuk;
- efek “Leo Kick” untuk serangan epiknya
- efek “Energy Light Ball” dan stand untuk mereplikasikan serangan Ultra
- senjata ikonik Leo Nunchaku
- Color Time optional (lampu ting-tong ting-tong di dada, untuk ganti korang perlu membuka perisai di dada dahulu)
- 5 set tangan yang boleh ditukar ganti untuk kita menukar pose
Bagi mereka yang risau jika ia mudah, figura ini diperbuat daripada PVC/ABS. Jadi kualiti memang tahan lasak.
Berikut adalah sinopsis ringkas tentang Ultraman Leo bagi mereka yang kurang tahu;
Ultraman Leo ialah rancangan ke-7 dalam siri Ultra. Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, Ultraman Leo ditayangkan antara 12 April 1974 hingga 28 Mac 1975, dengan jumlah 51 episod. Berasal dari Planet L77 yang dimusnahkan oleh Alien Magma, Leo mengejar mereka sehingga ke Bumi untuk membalas dendam dan menemui Ultraseven yang telah ditewaskan oleh Magma. Selepas kejadian itu, Leo membuat keputusan untuk menggantikan tempatnya sebagai pembela Bumi. Mengambil identiti Gen Otori, dia menyertai pasukan MAC yang kaptennya ialah Dan Moroboshi.
Fakta ekstra – Leo dan adik lelakinya, Astra telah diterima sebagai Ultra Brothers dan kemudian, mereka berdua menjadi pelatih kepada anak Ultraseven iaitu Ultraman Zero.

Berada dalam lingkungan harga RM240-RM280, korang boleh dapatkan figura S.H. Figuarts Ultraman Leo di pengedar boleh dipercayai Malaysia seperti ToyGarden. Untuk melihat segala produk yang kami unboxing, sila tekan pautan ini.
Sumber – Tamashii Nation
@gamersantaimy
Discussion about this post