Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing Dragon Ball: Sparking ZERO Premium Collector’s Edition – Wajib Dimiliki Peminat Tegar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Unboxing, Xbox Series X|S
0 0
0
Unboxing Dragon Ball: Sparking ZERO Premium Collector’s Edition – Wajib Dimiliki Peminat Tegar!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran akan datang Dragon Ball: Sparking ZERO telah membuatkan peminat teruja, dan Bandai Namco menambah tarikan dengan Premium Collector’s Edition yang menjanjikan pelbagai kandungan eksklusif, baik fizikal mahupun digital. Untuk para pengumpul dan peminat setia Dragon Ball, edisi ini dipenuhi dengan barangan hebat yang meningkatkan pengalaman permainan ke tahap yang baru.

Kebetulan, Bandai Namco Entertainment Asia memberi edisi eksklusif ini kepada kami, jadi haruslah kami membuat unboxing untuk berkongsi isi kandungannya dengan anda semua!

Apa yang Ada Dalam Premium Collector’s Edition?

Di inti edisi premium Dragon Ball: Sparking ZERO ini adalah game asas itu sendiri, memberi peluang kepada pemain untuk merasai bab terbaru dalam francais yang digemari ramai ini. Tetapi barangan tambahan di bawah yang menjadikan edisi ini lebih istimewa daripada pakej biasa.

Diorama Legenda: Super Saiyan Broly vs. Ultra Instinct Goku

Berdiri pada ukuran 264 x 174mm, diorama eksklusif ini merupakan karya seni menakjubkan yang menangkap kehebatan pertarungan antara Legendary Super Saiyan Broly dan Ultra Instinct Goku. Perincian dan butiran patung ini menjadikannya sebagai barangan yang menonjol, sesuai dipamerkan di mana-mana rak peminat.

Dragon Ball Super Card Game: Set Fusion World

Kredit: Digital Braves

Disertakan dalam edisi ini adalah empat kad eksklusif Dragon Ball Super Card Game: Fusion World, yang mengandungi tiga kad boleh main dan satu kad Energy Marker. Kad-kad ini hanya boleh didapati melalui Premium Collector’s Edition, menjadikannya tambahan yang jarang dan sangat diingini oleh peminat permainan kad koleksi (TCG).

Bekas SteelBook Eksklusif

Kredit: Digital Braves

Bagi mereka yang menghargai pembungkusan berkualiti tinggi, bekas SteelBook eksklusif ini adalah cara yang bergaya untuk menyimpan game, memaparkan seni Dragon Ball ikonik Goku SSB dan Vegeta SSB.

Penanda Buku Logam Dua Sisi

Menambah lagi bonus fizikal, penanda buku logam dua belah turut disertakan yang memaparkan Legendary Super Saiyan Broly di satu sisi dan Ultra Instinct Goku di sisi lain, sesuai untuk peminat yang ingin menambahkan sentuhan gaya Dragon Ball kepada bahan bacaan mereka.

Bonus Digital Dalam Game

Kredit: © Bandai Namco Entertainment.

Selain daripada barangan fizikal, Dragon Ball: Sparking ZERO Premium Collector’s Edition turut dipenuhi dengan pelbagai kandungan digital yang meningkatkan pengalaman dalam game.

  • Ultimate Upgrade Pack: Pakej ini termasuk kostum Goku (Super) dengan Power Pole ikonik, Emote Voice Set, dua latar belakang player card, dan item customization khas.
  • Season Pass: Season Pass membuka tiga pakej DLC, yang mengandungi lebih daripada 20 watak. Ini termasuk watak-watak dari filem terbaru, Dragon Ball Super: Super Hero, serta Dragon Ball DAIMA yang dinanti-nantikan.
  • Kandungan Bonus Prapesan: Peminat yang prapesan akan mendapat akses awal kepada watak boleh main eksklusif dan akses awal kepada enam watak lain – Gogeta, Super Saiyan Gogeta, Super Saiyan Blue Gogeta, Broly, Super Saiyan Broly, dan Super Saiyan (Full Power) Broly.
  • Seru Shenron dan Super Shenron: Membolehkan pemain memanggil Shenron dan Super Shenron, membuka barangan rare dalam game.

Dragon Ball: Sparking ZERO Premium Collector’s Edition hanya tersedia melalui kedai Bandai Namco, dan sebenarnya telah habis dijual di Malaysia. Berharga RM999.00, ini adalah tawaran premium untuk peminat tegar francais ini yang tidak kisah untuk membelanjakan duit bagi siri kegemaran mereka.

Bagi mereka yang berminat, game ini tersedia pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball: Sparking ZEROUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Festival Asia Singapore 2024 – Senarai Persembahan, Aktiviti & Tetamu Khas Untuk Dinantikan!

Next Post

Cygames Singapore Akan Sertai Pameran Thailand Game Show 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Cygames Singapore Akan Sertai Pameran Thailand Game Show 2024!

Cygames Singapore Akan Sertai Pameran Thailand Game Show 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd