Dengan pelancaran Death Stranding 2: On The Beach pada 26 Jun 2025, keterujaan untuk game ini sudah mula terasa. Kojima Productions bijak memanfaatkan peluang ini dengan memperkenalkan Death Stranding 2 Collector’s Edition khas yang penuh dengan pelbagai barangan eksklusif untuk peminat tegar, bersama dengan controller DualSense Limited Edition yang bukan saja sedap mata memandang, tetapi juga berfungsi sepenuhnya.
Kami berpeluang untuk mendapat kedua-duanya, dan pengalaman unboxing ini ibarat mengupas satu demi satu misteri dunia unik ciptaan Kojima.
Collector’s Edition: Harta Karun Untuk Peminat Setia

Collector’s Edition untuk Death Stranding 2: On The Beach ini boleh dianggap sebagai surat cinta kepada peminat lama siri ini, sambil menggoda mereka yang baru nak berkenalan dengan dunia pelik hasil imaginasi Kojima.
Ini bukan sekadar satu set barangan koleksi – ia adalah satu pengalaman lengkap yang dirancang rapi, menggabungkan barangan fizikal premium dengan bonus dalam game, semuanya dibungkus kemas dalam sebuah kotak mewah yang cukup kukuh untuk melindungi isi dalamannya dan cukup cantik untuk dijadikan hiasan.
Jadi, apa sebenarnya yang ada dalam kotak ini?
- Patung Magellan Man setinggi 15 inci – Ini bintang utama dalam kotak ini. Gabungan antara kapal DHV Magellan dan entiti tar gergasi, patung ini menjadi lambang estetika pelik dunia Death Stranding.
- Patung Dollman setinggi 3 inci – Walaupun kecil, figurin watak Dollman yang dimainkan oleh Fatih Akin ini hadir lengkap dengan tali gantung, sesuai untuk dibawa ke mana saja.
s
- Kad Seni Eksklusif – Set kad koleksi yang menampilkan karya seni dari game, khususnya watak Tomorrow, Higgs, dan Sam Porter Bridges.
- Surat Dari Hideo Kojima – Sentuhan peribadi dari pencipta siri ini sendiri, menambahkan nilai sentimental kepada keseluruhan set.

- Kotak Koleksi Eksklusif – Semua barangan di atas disusun kemas dalam kotak edisi khas yang bukan saja praktikal, tetapi juga menarik untuk dipamerkan.

Selain barangan fizikal, Collector’s Edition ini turut menyertakan kandungan digital eksklusif untuk memberi sedikit kelebihan kepada pemain dalam dunia Death Stranding 2 yang penuh cabaran:

- Game Penuh versi Digital – Kod baucar untuk memuat turun Death Stranding 2: On The Beach. Tiada cakera fizikal atau steelbook disertakan, jadi pastikan anda merancang dengan baik.
- Akses Awal 48 Jam – Bermain lebih awal pada 24 Jun 2025, dua hari sebelum edisi standard dilancarkan.
- Bonus Dalam Game:
- Machine Gun (MP Bullet) LV1 Early Unlock
- Battle Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
- Boost Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
- Bokka Skeleton: Gold (LV1, LV2, LV3)
- Patch eksklusif: Quokka, Chiral Feline, Why Me?
- Hologram Quokka
Secara keseluruhan, Collector’s Edition ini memang pilihan ideal untuk peminat tegar dunia Kojima. Patung Magellan Man dan Dollman memberikan sentuhan berkualiti tinggi yang melambangkan dunia unik permainan ini, sementara kad seni dan surat daripada Kojima menambah nilai emosi dan peribadi.
Untuk mereka yang baru ingin menyertai dunia Death Stranding, ini adalah cara terbaik untuk terjun terus ke dalam pengalaman penuh—lebih-lebih lagi kalau anda sukakan world-building yang pelik dan mendalam.
Harganya memang premium, tetapi kualiti barang fizikal dan nilai tambah dalam game menjadikan ia satu pembelian yang berbaloi untuk peminat sebenar.
DualSense Death Stranding 2 Limited Edition: Teman Bermain Bergaya

Selain Collector’s Edition, kami juga berjaya dapatkan Death Stranding 2: On The Beach Limited Edition DualSense Wireless Controller, dan rupanya memang premium.
Direka dengan kerjasama Kojima Productions, controller ini tampil dengan badan berwarna hitam elegan, dipadankan dengan warna oren terang yang benar-benar menonjolkan identiti Death Stranding.
Pada touchpad, tertera lambang Drawbridge bersama motto ikonik “Both stick and rope, to protect and connect. Together, from tomorrow.”
Nombor siri berwarna oren di sisi dan logo Death Stranding 2: On The Beach di bahagian belakang menambahkan lagi personaliti unik pada controller ini sebagai sebuah aksesori yang bukan saja sesuai untuk koleksi, tetapi juga selesa digunakan.
Game ini akan keluar pada 26 Jun 2025 di PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post