Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultraman Z ialah ULTRA terbaru untuk menyelamatkan dunia! Sinopsis dan info tentang 3 bentuk perubahannya!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Produk
0 0
0
Ultraman Z ialah ULTRA terbaru untuk menyelamatkan dunia! Sinopsis dan info tentang 3 bentuk perubahannya!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan secara rasmi oleh Tsuburaya, memperkenalkan Ultraman Z! Bersama dengan pendedahan Ultraman Z (disebut sebagai Zett) yang merupakan anak murid kepada Ultraman Zero, mereka juga mendedahkan sinopsis siri Ultra terbaru ini. Berikut adalah rumusan:

Hero Ultra terbaru ialah Ultraman Z! Sentiasa kagu dengan kehebatan Zero, Ultraman Z bekerja keras untuk menjadi anggota “Inter Galactic Defense Force.” Dengan semangat yang diwarisi daripada gurunya Zero, Z ialah seorang Ultraman yang selalu maju ke hadapan.

Dalam siri ini, protagonis yang berubah menjadi Ultraman Z adalah Haruki Natsukawa (dilakonkan oleh Kohshu Hirano), anggota pasukan anti-monster robot “STORAGE“. Siri Ultraman ke-24 ini akan memaparkan kisah di mana Z dan Haruki akan berkembang bersama.

Ultra Z Riser adalah peranti yang diberikan kepada Ultraman Z dan sebenarnya dihasilkan di Land of Light. Dengan mendaftarkan “Ultra Access Card” setiap pengguna dan mengimbas tiga “Ultra Medal” yang mengandungi kuasa Ultraman sebelumnya, Ultraman Z pun boleh menggunakan kekuatan yang sama.

Berikut adalah perubahan bentuk Ultraman Z:

Ultraman Z Alpha Edge

Z berubah menjadi Alpha Edge menggunakan Ultra Medal dengan kekuatan: Seven, Leo, dan Zero. Bentuk pantas ini mahir dalam ilmu pertempuran angkasa yang diwarisi daripada tuannya dan fokus kepada gerakan pantas menggunakan karate.

Ultraman Z Beta Smash

Z berubah menjadi Beta Smash menggunakan Ultra Medal daripada Ultra Brothers legenda: Ultraman, Ace, dan Taro. Bentuk hebat ini mempunyai gaya pertempuran yang bermaruah dan mengkhususkan diri dalam pertempuran jenis gusti yang berani.

Ultraman Z Gamma Future

Z berubah menjadi Gamma Future menggunakan Ultra Medal yang membawa harapan: Tiga, Dyna, dan Gaia. Bentuk psikik ini bertarung dengan kekuatan misteri. Dia mahir dalam serangan laser versatil dan bertarung dengan licik seperti ahli sihir.

Bersiap sedia untuk debut pertama pahlawan Ultra generasi seterusnya! Siri baru ini dilancarkan pada 20 Jun 2020! Untuk lebih banyak maklumat mengenai siri Ultraman Z, mari baca di halaman rasminya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TsuburayaUltra Z RiserUltramanUltraman ZUltraman Z Alpha EdgeUltraman Z Beta SmashUltraman Z Gamma FutureUltraman Zero
Previous Post

Anime BLACK CLOVER pun akan ditangguhkan kerana COVID-19!

Next Post

Trilogi Danganronpa akan hadir ke pelantar mobile dalam bentuk “Anniversary Editions”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Trilogi Danganronpa akan hadir ke pelantar mobile dalam bentuk “Anniversary Editions”!

Trilogi Danganronpa akan hadir ke pelantar mobile dalam bentuk "Anniversary Editions"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd