Diumumkan melalui laman web rasmi Tsuburaya, bentuk terkuat Ultraman Decker “Dynamic Type” akan membuat penampilan kali pertama dalam siri pada Oktober ini!

Sehingga sekarang, Ultraman Decker telah “Type Change” kepada tiga bentuk iaitu: Flash Type, Strong Type dan Miracle Type. Dalam kisah akan datang, dia terpaksa berhadapan dengan serangan raksasa yang lebih kuat di mana Kanata Asumi (bentuk manusia Decker) mendapati dirinya dalam bahaya.
Walaupun begitu, keazamannya untuk tidak pernah berputus asa telah merealisasikan bentuk terkuatnya, Ultraman Decker Dynamic Type.
Info “Dynamic Type“
Bentuk terkuat Ultraman Decker yang lahir dari keazaman Kanata untuk tidak pernah berputus asa.

Decker bertukar kepada Dynamic Type apabila Kanata memasukkan Dynamic Card ke Ultra D Flasher dan menjerit ayat “Gush Beyond! Dynamic!”
Serangan khas bagi bentuk ini ialah “Dymude Beam” yang dilancarkan dengan menyilangkan kedua-dua tangan. Decker juga boleh menyeru item serba baharu, “Decker Shield Calibur,” dengan mengangkat tangannya di hadapan “Decker Crystal Horn” di dahi.

Decker menggunakan kemahiran dan abiliti di atas untuk menyampaikan gaya pertempuran yang lebih unik dan seperti namanya, “lebih dinamik”. Sebagai contoh, dia boleh menghalang serangan dalam Shield Mode, memotong musuh dengan dua pedang dalam Caliber Mode, dan menggunakan pelbagai kebolehan lain.
Sinopsis
Sekumpulan objek angkasa terapung misteri bernama “Sphere” mula menyerang Bumi lalu mengakibatkan kemusnahan meluas dan kemunculan raksasa gergasi. Dahulu aman, kehidupan manusia kini menjadi huru-hara termasuk wira kita, Kanata Asumi.
Selepas menemui “cahaya Decker” dalam dirinya, Kanata berjanji untuk melindungi kehidupan seharian manusia lalu menyertai pasukan GUTS-Select, yang baru dicipta untuk menangani ancaman Sphere.
Sebagai ahli terbaru, Kanata dan pasukannya perlu menentang musuh-musuh ini untuk melindungi keamanan bumi.
Untuk baca segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post