Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Shadow Arena – Pengalaman bermain game MOBA BATTLE ARENA!

Barbar dalam battle royale tetapi dalam gaya MOBA!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2020
in Artikel, Berita, PC, Review, Steam
0 0
0
Ulasan Shadow Arena – Pengalaman bermain game MOBA BATTLE ARENA!
Share on FacebookShare on Twitter

Pearl Abyss pertama kali mengumumkan Shadow Arena pada acara G-STAR 2019 di Busan, Korea Selatan dan ia merupakan battle royale baru dengan aspek yang saaangat unik! Untuk pengetahuan semua, Shadow Arena berasal sebagai mode tambahan untuk Black Desert Online tetapi dengan pantas menjadi popular lalu menjadi permainan video sendiri yang berlangsung dalam dunia Black Desert yang sama.

Semasa gameplay kami untuk Shadow Arena, sembilan hero disediakan untuk bermain, masing-masing dengan abiliti mereka sendiri dan gaya permainan yang berbeza-beza. Setiap satu daripada enam hero ini bermain dalam cara yang hampir sama seperti dengan mana-mana watak MOBA.

Setiap hero mempunyai empat abiliti yang akan dibuka satu per satu dengan membunuh raksasa atau pemain lain. Mekanik ini mengambil pendekatan yang serupa dengan apa yang ada di Dota 2 atau League of Legends. Daripada meningkatkan level dan peningkatan statistik, pemain akan diberi satu “skill point” untuk digunakan ke atas mana-mana empat abiliti, sehingga ia dinaikkan taraf ke tahap ketiga iaitu yang paling maksimum .

Kebanyakan EXP dan loot untuk hero anda di Shadow Arena akan dijatuhkan oleh raksasa yang berkeliaran. Seperti game Battle Royale, pemain perlulah meluangkan sedikit masa untuk mencari loot yang diingini. Selain itu, sistem upgrade-nya agak canggih kerana ia boleh secara automatik memadankan barangan loot di tanah ke dalam slot yang sesuai dan menaik taraf sendiri apabila diperlukan. Jadi menguruskan inventori bukanlah sesuatu yang memeningkan kepala di Shadow Arena.

Walaupun pemain tidak perlu risau tentang kebanyakkan raksasa di Shadow Arena, memandangkan pergerakan watak sangat cepat dan tangkas, tetapi raksasa jenis Boss yang susah untuk dijumpai boleh membunuh pemain jika mereka tidak berhati-hati.

Saya terserempak dengan seorang Shadow Lord, dan berfikir bahawa saya cukup kuat untuk menghadapi dia dengan menggunakan watak Ahon Kirus. Malangnya, kerana kebodohan ini, saya hanya dapat menurunkan HP Boss ini hingga separuh sebelum dia membunuh saya. Satu lagi perkara menarik ialah Shadow Arena menawarkan peluang kedua untuk pemain melarikan diri setelah dibunuh untuk pertama kali, tetapi kerana kedegilan saya, saya masih mati selepas mencabar Boss itu buat kali kedua.

Oleh kerana Shadow Arena adalah permainan battle royale, walaupun mempunyai penampilan RPG, bukan hanya raksasa yang pemain patut awas sahaja. Ancaman bulatan yang makin mengecil juga sesuatu yang menakutkan. Dalam gameplay saya, tempoh masa apabila bulatan mengecil agak singkat, lalu ia memberikan saya hampir tidak cukup masa untuk menyiasat sekitar kawasan bagi mencari barangan yang saya perlukan.

Dengan kapasiti 40 pemain dalam setiap perlawanan, anda pasti akan menemui pemain lain tidak kira anda sudah bersedia untuk berlawan atau tidak. Setiap watak dilengkapi dengan beberapa kemahiran mengelak (dengan cooldown) untuk melarikan diri daripada bertarung, tetapi pertarungan PvP adalah fokus utama di Shadow Arena.

Dengan sembilan pilihan watak, pemain boleh mengkaji abiliti setiap watak dan mengambil kesempatan ke atas kelemahan mereka. Kedua-dua kali saya bermain Ahon Kirus, kedua-dua kali jugalah saya kalah kepada Gerhard Shultz. Saya tidak mengkaji kekuatan watak saya dengan secukupnya dan ini menjadi kekalahan saya. Jika anda sudah mempunyai kecenderungan dalam permainan bergaya MOBA, arus pertempuran di Shadow Arena pasti rasa selesa untuk anda.

Itu sahaja yang saya ingin sampaikan untuk ulasan pandangan pertama Shadow Arena. Ujian beta tertutup Shadow Arena telah bermula pada 27 Februari 2020 hingga 8 Mac 2020. Tidak lama lagi sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Jarang-jarang ada game yang gabungkan mekanik MOBA dan Battle Royale kan? Saya sendiri pun terkejut. Jadi sebelum itu, anda boleh lihat gameplay kami di bawah:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle royaleMOBApearl abyssreviewSHADOW ARENAulasan
Previous Post

Dapatkan Black Desert Online secara PERCUMA di STEAM pada bermula hari ini!

Next Post

[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~

[Review] Sentiasa menang bersama Saitama di One Punch Man: A Hero Nobody Knows! Eh menang ke~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd