Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Sesi Temuramah Bersama Pasukan Malaysia Untuk Hari Pertama di PMCO SEA FINAL 2019!

Pelbagai dikongsikan oleh Team Secret, ViP Squads dan Yoodo Gank!

Nyny.A by Nyny.A
June 23, 2019 - Updated on December 27, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Mobile, Temuramah
0 0
0
Ulasan Sesi Temuramah Bersama Pasukan Malaysia Untuk Hari Pertama di PMCO SEA FINAL 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang tahu, PMCO Sea Final 2019 baru sahaja selesai dengan hari pertama dan kami tidak terlepas peluang untuk berada disana untuk menyaksikan sendiri perlawanan yang sengit untuk PUBG Mobile ini. Yang terbaik apabila Pusingan Pertama dan Pusingan Ketiga dimenangi Team Malaysia iaitu ViP Squad dan Team Secret!

Ini adalah mata penuh untuk perlawanan PMCO Sea Final 2019 hari pertama;

Eh terlupa! Kami juga berpeluang untuk menemuramah ketiga-tiga pasukan Malaysia malam tadi lepas perlawanan hari pertama. Jom lihat apa yang dikongsikan!

ViP Squad

Sumber Gambar: VSPN

Pasukan Malaysia yang pertama memberi “Chicken Dinner” untuk Pusingan Pertama malam tadi! Dengan berbekalkan strategi yang mantul di perlawanan yang bermula di peta Sanhok, mereka berjaya menamatkan pusingan pertama dengan bergaya!

Yakuza menyatakan mereka berasa sangat gembira dan tidak sangka akan mendapat kemenangan pertama ini! Dengan strategi baru yang digunakan mereka dengan dua pemain di hadapan dan dua lagi dibelakang agar senang untuk memerhati sekeliling dan menjadi sandaran untuk hadapan ternyata berkesan!

Bila ditanya pasukan mana paling digentar mereka, sudah tentu jawapannya adalah RRQ Athena! Digeruni kerana strategi yang diberi RRQ adalah sangat baik dan cekap buat keputusan. Tapi, ViP Squad telah bersedia dan menyusun Strategi terbaik untuk membalas balik saingan ini.

Saksikan temuramah selebihnya disini;

Team Secret

Sumber Gambar: VSPN

Pasukan kedua yang memenangi Chicken Dinner Kedua untuk Pusingan Ketiga perlawanan malam tadi! Dengan perlawanan yang sangat konsisten dan tersusun, siapa sangka Team Secret telah menjadi Raja di Miramar malam tadi!

Kami mendapat Chicken Dinner mungkin kerana nasib menyebelahi kami kerana lingkaran terakhir berada dalam kawasan kami. Serta kerja berpasukan kami sangat baik berbanding dengan liga terdahulu. Kami diselaraskan dengan baik dengan menggunakan telefon Vivo.

-BiuBiu

Dengan menyatakan cara permainan mereka dengan bermain secara selamat pada awal permainan dan menyerang ketika di bulatan keempat atau kelima ketika musuh makin kelihatan, Team Secret juga gentar dengan pasukan gergasi RRQ terutama G9 kerana dia seorang pemain yang sangat baik dengan kesedaran yang kuat dalam permainan! Tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mengunakan strategi serta taktik yang sama demi membawa nama ke Berlin!

Jom saksikan temuramah selebihnya disini;

Yoodo Gank 

Sumber Gambar: VSPN

Pasukan yang paling konsisten dengan perlawanan mereka walaupun tidak berjaya menduduki kedudukan yang baik untuk hari pertama perlawanan malam tadi. Man Parang menyatakan pasukan mereka agak sedih dengan prestasi mereka malam tadi dan mengangapnya bukan rezeki mereka.

Strategi sama masih digunakan Yoodo Gank dan menjadi gentar apabila melihat pasukan lain menggunakan strategi yang berbeza. Jadi ianya membuatkan perlawanan di Jakarta ini ternyata lebih sukar dari di Shanghai. Jadi mereka akan cuba gunakan masa yang ada sebaik mungkin sebelum perlawanan akhir hari ini dengan mengkaji semula 6 perlawanan sebelumnya yang telah dimainkan. Lihat apa gerakan mereka, supaya dapat mengatur strategi baru untuk perlawanan.

Mereka berharap agar dapat konsisten dalam kedudukan sekurang-kurangnya Top 8 untuk berpeluang ke Berlin.

Jom saksikan temuramah selebihnya disini;

Ketiga-tiga pasukan Malaysia ini turut mengucapkan beribu terima kasih buat peminat dan penyokong yang sentiasa bersama mereka tidak kira jatuh bangun perjalanan.

Kami dari Gamer Santai sekali lagi mengucapkan semoga berjaya untuk hari ini dan buat yang terbaik bagi membawa nama Malaysia ke PMCO Spring Global Final di Berlin Julai ini! Go Team Malaysia Go!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PMCO SEA 2019PMCO SEA FINALSPMCO Spring Global 2019pubgpubg mobileteam secretViP SquadsYoodoo Gank
Previous Post

Akan Ke Switch – Friday the 13th: The Game Ultimate Slasher Edition

Next Post

Hakoom Memecahkan Rekod 2000 Trofi Platinum di PlayStation!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hakoom Memecahkan Rekod 2000 Trofi Platinum di PlayStation!

Hakoom Memecahkan Rekod 2000 Trofi Platinum di PlayStation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd