Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan SD Gundam G Generation Cross Rays: Game wajib main untuk peminat Gundam!

Satu judul yang bagus untuk peminat francais tetapi harus diperbaiki lagi untuk pemain baru.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, Steam
0 0
0
Ulasan SD Gundam G Generation Cross Rays: Game wajib main untuk peminat Gundam!
Share on FacebookShare on Twitter

SD Gundam G Generation Cross Rays memang adalah satu utopia untuk peminat Gundam dengan pelbagai siri terkenal digabungkan ke menjadi satu. Siapa tak suka kalau semua mecha kegemaran anda berada dalam satu permainan video? Jika anda ialah seorang kipas susah mati dan teringin nak alami dunia Gundam, maka ini adalah game paling sempurna untuk anda. Walaupun setiap kempen berbeza, peminat mendapat peluang untuk menghayati banyak kisah berbeza di dalam dunia Gundam.

Sebaliknya, jika anda bukan peminat Gundam, maka anda pasti akan berasa keliru. Kamu akan melihat banyak watak, dan banyak jalan cerita yang berlainan. Secara ringkas, maklumat yang banyak akan hadir di minda anda dan ia bergantung kepada pemain jika mereka boleh proses maklumat tersebut atau tidak. Situasi ini akan menjadi lebih kompleks apabila NPC menjelaskan lagi peristiwa-peristiwa penting yang hanya berada di dalam anime.

Seperti mana-mana game strategi turn-based lain, pertempuran mengharuskan anda untuk menggerakkan pasukan, dan kemudian diikuti oleh giliran musuh. Memang mudah dan jelas. Anda menggerakkan unit, pilih untuk menyerang, memilih jenis serangan, dan kemudian melaksanakan serangan tersebut. Perkara yang sama berlaku apabila anda diserang dan pemain boleh memilih jenis pertahanan yang paling efektif. Selain itu, kekuatan serangan dan pertahanan boleh ditingkatkan lagi dengan bantuan unit berdekatan. Anda juga boleh bergabung untuk melancarkan satu serangan berganda di sekelompok musuh.

Unit anda sentiasa bertarung dalam satu pasukan, dan walaupun mereka boleh bergerak secara bebas, unit akan lebih kuat apabila bertarung bersama-sama. Pilihan “Move All” membolehkan anda untuk menggerakkan unit dan menyerang musuh. Kemudian, setiap unit lain akan bergerak dan menyerang musuh yang sama. Ini memudahkan pertarungan di level awal. Di samping itu, morale system juga diwujudkan dalam permainan. Sekiranya unit bertarung dengan bagus, mereka memperolehi morale dan serangan akan menjadi kritikal. Tetapi jika mereka sering buat kesilapan, unit menjadi lebih lemah. Selain daripada misi utama, terdapat objektif sampingan untuk diselesaikan. Jika anda menyelesaikan objektif tersebut, anda berpeluang untuk bertarung musuh hebat yang mempunyai kebolehan isitmewa. Kebolehan istimewa ini boleh diperolehi oleh pemain selepas menewaskan musuh-musuh ini.

Akhir sekali, setiap unit dan karakter akan level up. Unit adalah mecha, dan anda boleh pilih bahagian mana untuk meningkatkan statistik mereka. Karakter adalah pilot, dan mereka secara automatik akan meningkatkan statistik dan memperolehi kebolehan baru. Ini adalah sistem yang bagus dan amat sesuai dengan elemen utama kedua: customization.

Customization boleh dilakukan sebelum memulakan misi dan membolehkan pemain untuk mengubahsuai unit dan cara pertempuran. Macam-macam boleh dibuat di sini seperti; menambah unit baru, menukar unit lain, menaik taraf unit, meningkatkan level unit, mencipta watak custom sendiri, dan lain-lain.

Customization yang luas dan bervariasi sangat baik jika anda jenis pemain yang suka menerokai sistem baru. Cuma ada satu masalah kecil sahaja. Tiada satu ciri-ciri di atas yang mempunyai tutorial yang baik dan jelas. Pertempuran dan customization adalah aspek besar dalam dunia fantasi Gundam, dan walaupun ada yang dijelaskan, penambahan beberapa tutorial yang lebih mendalam akan menjadikan keseluruhan pengalaman lebih mudah untuk pemain baru.

SD Gundam G Generation Cross Rays adalah jenis permainan video yang sesuai untuk jenis khalayak tertentu. Bagi peminat, ia lebih dari cukup berbanding apa yang mereka inginkan dari sebuah permainan strategi. Ia memberi perasaan kompleks yang puas hati, mempunyai jumlah watak yang banyak dari pelbagai siri, dan sudah tentu, ia menyeronokkan. SD Gundam G Generation Cross Rays secara rasmi keluar di pelantar PS4 dan PC. Versi PS4 berharga RM269 manakala versi PC berharga RM179. Jika anda berminat untuk membeli permainan ini, anda boleh membelinya di PlayStation Store atau Steam. Itu sahaja daripada saya, nantikan ulasan seterusnya daripada kami di Gamer Santai!

SD Gundam G Generation Cross Rays Gameplay:

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animePCPS4reviewSD Gundam G Generation Cross Rays
Previous Post

Final Fantasy 7 Remake akan kekal menjadi eksklusif PS4 sehingga 2021!

Next Post

Untitled Goose Game akan keluar di PS4 & Xbox One pada 17 Disember 2019!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Untitled Goose Game akan keluar di PS4 & Xbox One pada 17 Disember 2019!

Untitled Goose Game akan keluar di PS4 & Xbox One pada 17 Disember 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd