Sejak diumumkan pada tahun 2017, kami sentiasa memeriksa kemajuan Sakuna: Of Rice and Ruin di setiap acara, dan setiap kali kami melakukannya, permainan nampaknya bertambah baik. Dengan penampilan keseluruhan yang diilhamkan oleh beberapa klasik 2D moden, sistem pertempuran yang menarik, dan aspek pertanian yang disusun dengan baik, mereka yang tidak berminat mungkin akan fikir dua-tiga kali selepas melihat gameplay-nya.
Dilancarkan secara rasmi hari ini di pelantar Nintendo Switch, PlayStation 4, dan PC, kami menerima peluang untuk mencubanya dan memberi ulasan penuh untuk gamers sekalian. Mengapa permainan ini bikin hype yang tinggi? Ini pendapat saya.
Naratif & Latar Belakang
Premis dan latar belakang mungkin mengingatkan kita pada Disney atau Studio Ghibli di mana anda bermain sebagai Sakuna, anak perempuan kepada dewa pertempuran dan dewi pertanian. Dilahirkan dengan peranan dewi menuai (harvest) dan digelar bangsawan, Sakuna telah dimanjakan kerana status tersebut.
Segalanya berubah apabila sekelompok manusia menyeberang ke dunia dewa melalui jambatan, dan semasa Sakuna mencuba yang terbaik untuk menghalau mereka, dia tanpa sengaja membakar simpanan alkohol, minyak dan beras yang sepatutnya diberi kepada dewi tertinggi. Sebagai hukuman, Sakuna dan manusia yang menceroboh, bersama dengan rakan rapatnya yang berbentuk pedang, dibuang dari istana langit dan dihantar ke pulau iblis untuk membasmikannya daripada kejahatan.
Apa yang menarik ialah walaupun Sakuna sepatutnya menjadi protagonis utama, watak manusia adalah yang paling menarik kerana anda tidak diberitahu tentang latar belakang mereka. Kita akan mempelajari beberapa perkara penting dalam adegan-adegan utama, tetapi maklumat lain yang ditemui berlaku semasa makan malam melalui perbualan santai. Sebilangan besar maklumat penting didedahkan pada awal permainan, tetapi saya tidak akan merosakkan pengalaman naratif di sini. Ia lebih menarik untuk anda semua melihat bagaimana watak sampingan berkembang sepanjang permainan ini.
Gameplay Asas, Sistem Pertempuran & Fitur Menarik
Selain daripada mempunyai banyak adegan bersuara yang semuanya dilakukan dengan bagus, Sakuna: Of Rice and Ruin memberi tumpuan kepada dua mekanik gameplay utama. Yang pertama adalah pertempuran, yang berlangsung secara 2D. Pada mulanya, permainan ini terasa seperti Devil May Cry kerana kemampuan pemain untuk melancarkan musuh ke udara dan mendapatkan kombo tinggi ketika melawan mereka.
Walaupun tidak perlu menukar senjata atau risau jika senjata itu akan pecah semasa bertarung, Sakuna memegang dua senjata pada setiap masa, di mana masing-masing digunakan secara khusus untuk serangan berat atau ringan. Senjata-senjata ini dapat ditingkatkan untuk membuka lebih banyak abiliti sehingga kita menukarnya untuk senjata yang lebih baik.
Antara ciri yang paling menonjol adalah Divine Raiment, sejenis kain yang pada awalnya kelihatan seperti selendang yang bercahaya tetapi dapat melakukan macam-macam jenis kuasa setelah anda memperoleh lebih banyak kemahiran. Dalam ulasan, kemahiran pertama membolehkan kain itu menempel ke apa-apa permukaan dalam jarak yang ditetapkan.
Walaupun ini tidak semestinya anda boleh mula berayun seperti Spider-Man, anda dapat menarik diri ke arah dinding dan siling lalu melompat dari sana. Ini teknik yang tidak asing lagi bagi pemain yang telah genre “platformer”. Dalam pertempuran, teknik ini berguna untuk menarik diri ke arah musuh agar jarak serangan lebih dekat. Ia agak bagus secara ofensif tetapi jika tersilap, musuh akan mempunyai peluang untuk menyerang Sakuna.
Satu lagi ciri yang menarik untuk sistem pertempuran adalah meter lapar. Makanan yang dimakan pada malam sebelumnya akan menentukan betapa kenyangnya Sakuna serta memberi stat bonus pada permulaan hari. Meter itu akan turun dari masa ke masa dan akan turun dengan lebih cepat jika anda cedera, kerana ia juga memulih semula HP. Setelah meter dikosongkan, anda tidak akan memulih semula HP, dan stat bonus juga akan hilang.
Walaupun permainan cukup baik kerana tidak menurunkan HP Sakuna semasa anda lapar, tidak ada cara lain untuk menghilangkan rasa lapar atau HP selain daripada meninggalkan level untuk pulang ke rumah dan makan. Ia merupakan satu elemen yang mungkin menjengkelkan beberapa pemain tetapi ternyata, ia lain daripada lain untuk cuba lakukan sesuatu yang unik.
Sistem pertempuran juga dilengkapi kitaran siang dan malam, yang merupakan sesuatu yang tidak dijangka kerana kebanyakan permainan hanya membekukan masa ketika bertarung. Pada mulanya, mekanik ini nampaknya superfisial, ketika saya melihat peralihan lokasi ke kawasan dengan pencahayaan yang berbeza dengan sedikit efek cuaca. Sehingga malam tiba, baru saya menyedari bahawa pertempuran tidak memihak kita pada waktu tersebut. Setiap makhluk atau raksasa akan menjadi lebih kuat dan lebih tahan serangan Sakuna. Nasib baiklah, anda boleh undur diri daripada pertempuran pada bila-bila masa. Setiap lokasi mempunyai had masa, jadi anda harus memilih antara pertempuran dan penerokaan dalam setiap cubaan.
Sistem Pertanian
Berdasarkan apa yang telah kita cuba, pertempuran di Sakuna: Of Rice and Ruin memang padu, tetapi itu hanya merangkumi separuh daripada gameplay. Separuh lagi berkaitan dengan pertanian, khususnya padi. Rupanya ia lebih terperinci daripada apa yang saya sangkakan kerana anda akan mengambil bahagian dalam setiap langkah proses pembuatan beras. Kita bermula dengan menanam benih padi secara berhati-hati agar tidak menanamnya terlalu jauh sesama sendiri. Selain itu, anda perlu memastikan bahawa terdapat air yang cukup untuk padi, buang serangga yang cuba memakan tanaman, dan cabut rumput yang menyerap air dan nutrien berharga. Setelah tiba masanya, kita harus memotong beras dan mengeringkannya.
Setelah beras kering, anda mengiriknya sebelum mengasingkan antah lalu menentukan sama ada anda ingin membuat beras perang atau putih. Apabila semua itu selesai, Sakuna harus membajak tanah agar lembut, menambahkan baja yang dihasilkan daripada barang yang diperoleh daripada pertempuran, dan memeriksa benih di gudang untuk memastikan ia siap untuk proses baru. Ia sangat melecehkan tetapi mempunyai manfaat sendiri kerana pertumbuhan tanaman akan meningkatkan tahap Sakuna untuk mendapatkan abiliti baru. Jadi, walaupun permainan boleh melakukan semua ini untuk anda, kita akan memperoleh lebih banyak faedah jika melakukan semua ini sendiri.
Selain daripada bercucuk tanam, pertempuran juga membuah hasil lain daripada sumber baja, di mana anda akan mendapat barang untuk memasak makanan. Seperti permainan ber-genre “survival”, setiap sumber segar mempunyai tarikh luput, dan walaupun beberapa barang boleh dikeringkan atau dibentukkan supaya tahan lama, bahan-bahan lain perlu dimasak segera, supaya tidak dibazirkan untuk menjadi bahan baja .
GS Gameplay
Pendapat
Satu-satunya masalah yang mungkin dilihat oleh permainan sejauh ini adalah level yang bersifat repetitif. Setiap level pada bahagian awal permainan kurang dilihat sebagai percubaan untuk menewaskan iblis dan lebih kepada ekspedisi memburu dan mengumpulkan sumber, sama ada untuk makanan segar, sumber baja, atau barang-barang yang dapat dihasilkan menjadi perisai dan senjata untuk Sakuna.
Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tidak akan dibuka sehingga anda menyelesaikan sejumlah misi di satu kawasan, dan beberapa tugas tersebut harus diselesaikan beberapa kali sebelum kawasan baru dibuka. Dengan kitaran siang dan malam serta senarai musuh yang tidak banyak beza, anda mungkin akan menghadapi saat-saat dalam pertempuran yang bosan, kerana tidak terlalu berjaya lagi membuka lokasi baru.
Sakuna: Of Rice and Ruin secara rasmi keluar hari ini, dan setakat ini, ia menepati harapan peminat yang ditunjukkan bertahun-tahun yang lalu. Dengan sistem pertarungan yang bagus dan mekanik pertanian yang disokong oleh senarai watak yang menarik, terdapat banyak perkara untuk peminat teruja. Itu sahaja untuk ulasan ini, semoga kita jumpa lagi dalam ulasan seterusnya. Selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
The Review
Sakuna: Of Rice and Ruin
Sakuna: Of Rice and Ruin menepati harapan peminat yang ditunjukkan bertahun-tahun yang lalu.
Discussion about this post