Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Razer Ornata V2: sesuai untuk mereka yang ingin gaming keyboard premium pada harga lebih murah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Keyboard, Produk, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Ulasan Razer Ornata V2: sesuai untuk mereka yang ingin gaming keyboard premium pada harga lebih murah!
Share on FacebookShare on Twitter

Papan kekunci Razer Ornata V2 adalah versi terbaru dan lebih canggih daripada Razer Ornata Chroma yang sudah lama berada di pasaran. Produk flagship, BlackWidow Chroma, juga mempunyai model V2 serupa yang keluar pada tahun 2017, tetapi nampaknya Ornata telah menjadi pengganti siri itu. Ornata V2 dilengkapi dengan Chroma RGB yang sama dengan mana-mana papan kekunci Razer terkenal dan menukar imej meja kerja anda kepada sesuatu yang seronok untuk dilihat. Persoalannya ialah..  adakah Ornata V2 mempunyai ciri-ciri baru yang membuatnya lebih menonjol? Adakah penambahbaikannya cukup untuk bersaing? Inilah ulasan saya untuk papan kekunci Razer Ornata V2.

Fitur-fitur utama

Razer Ornata V2 menampilkan suis “mecha-membrane” hibrid yang sama digunakan oleh Ornata dan Ornata Chroma. Suis ini menggabungkan ciri menaip lembut daripada suis membran bersama “klik” suis mekanikal yang memuaskan. Hasilnya adalah papan kekunci yang lebih senyap tetapi masih memberikan pengalaman yang seronok ketika menaip.

Estetika umum untuk Ornata V2 telah bertambah baik berbanding Ornata asal. Posisi untuk lampu kunci C, 1, S, M, dan G yang biasanya terletak di atas number pad kini berada di atas kekunci anak panah. Ini adalah cara yang jauh lebih mudah untuk tunjuk apabila mana-mana kekunci, seperti NumLock atau CapsLock, sedang digunakan serta memberi ruang untuk beberapa kekunci baru untuk ditambahkan.

Ornata V2 kini mempunyai kekunci Media tambahan yang diletakkan di atas number pad iaitu: Skip Back, Play/Pause, Skip Forward, dan scroll wheel. Scroll wheel digunakan untuk mengubah kekuatan bunyi dan boleh di-customize melalui aplikasi Razer Synapse 3. Kekunci baru ini merupakan peningkatan terbesar di V2 berbanding dengan Ornata Chroma asal.

Kualiti dan penampilan

Ornata V2 mempunyai rangka plastik hitam dan sebuah reka bentuk profesional. Ini adalah papan kekunci yang boleh dibawa ke pejabat dan anda tidak perlu risau jika ia kelihatan terlalu menyerlah. Kusyen rehat tangan pula mempunyai kemasan kulit yang selesa dan bantu pergelangan tangan saya daripada lenguh walaupun menaip atau bermain selama berjam-jam. Di bahagian bawah, Ornata V2 mempunyai kaki getah di keempat-empat sudut papan kekunci, dua “flip-up stand“, dan saluran kabel untuk menyimpan kabel USB ke belakang atau di sisi papan kekunci. USB itu sendiri adalah kabel jahitan yang berukuran 80 inci.

Ornata V2 juga mempunyai kekunci “mid-height” yang secara teorinya membolehkan respon yang lebih cepat. Saya lebih suka perasaan dan estetika kekunci “mid-height” berbanding “full height” kerana “mid-height” sepatutnya mengurangkan masa yang diperlukan untuk tindakan itu sampai, lalu membolehkan kebebasan pergerakan yang lebih luas di antara setiap kekunci.

Kekunci pula diperbuat daripada plastik ABS yang sama dengan Ornata Chroma, dan kebanyakan papan kekunci gaming bajet. Ia bukan bahan yang tahan lama dan sebenarnya agak murah, tetapi kemasan matte di Ornata V2 mungkin menambah sedikit rasa mewah berbanding dengan kemasan semi-glossy yang biasa kita lihat.

Prestasi penggunaan

Saya mencuba pelbagai jenis permainan video untuk menguji setiap kekunci penting dan tidak mempunyai apa-apa masalah ketika menggunakan Ornata V2.

  • Saya bermain Valorant untuk menguji tindak balas kekunci;
  • Saya bermain Civilization VI untuk menguji “shortcut”;
  • Saya bermain Grand Theft Auto V untuk mengukur keluasan dan kebebasan pergerakan antara kekunci;

Ornata V2 direka sebagai papan kekunci gaming dan sudah tentu, ia berfungsi sepertinya. Semasa bermain sebuah FPS seperti Valorant yang memerlukan input pantas daripada pemain, saya tidak menyedari apa-apa kesalahan input atau kelewatan dalam pergerakan saya. Malangnya, saya ni bukanlah gamer profesional, jadi jika ada kelewatan pun, saya mungkin tidak dapat membezakannya.

 

Kiri: purata WPM di V2/Kanan: purata terpantas di V2

Untuk menguji kemampuan saya dalam aspek menaip, saya mencuba Ornata V2 di laman web ujian menaip percuma. Sebagai perbandingan, saya juga menggunakan papan kekunci mekanikal lain. Keputusannya adalah sekitar 63 WPM (Words-Per-Minute) dengan V2 tetapi keputusan ujian berubah antara 40 WPM hingga 100 WPM. Mungkin kerana saya lebih terbiasa, papan kekunci mekanikal lama mempunyai 70 WPM yang lebih konsisten dan jarang jatuh bawah 65 WPM ke bawah. Apa yang menarik minat saya ialah ketepatan saya dengan V2 keseluruhan lebih tinggi daripada papan kekunci mekanikal biasa. Keputusannya ialah saya tidak dapat menaip dengan pantas tetapi lebih tepat pada V2.

Razer Synapse

Fitur kegemaran saya di papan kekunci Razer adalah keupayaan untuk mengubah suai tetapan RGB Chroma dan mencipta profile custom melalui perisian Razer Synapse 3. Jika anda inginkan papan kekunci yang menyerlah, perisian ini menawarkan tetapan paling mendalam dan boleh diubahsuai untuk mana-mana papan kekunci RGB. Ada 11 Quick Effects untuk pencahayaan, termasuk Spectrum Cycling, Ripples, Audio Meter dan Ambient Awareness yang menyelaraskan warna RGB kekunci dengan warna di dalam skrin.

Synapse 3 juga membolehkan customization penuh untuk setiap kekunci individu. Sebagai contoh, bagi mereka yang tidak mendengar muzik di PC, anda boleh menukar kunci media Skip Back dan Skip Forward kepada Alt + Tab dan Alt + Shift + Tab supaya dapat bertukar antara aplikasi dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, fitur-fitur seperti menyediakan profile unik yang secara automatik aktif apabila sebuah game tertentu itu bermula juga penambahan yang bagus. Ciri-ciri ini adalah mengapa pilihan customization Razer lebih hebat berbanding papan kekunci lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya menikmati pengalaman saya bersama Ornata V2. Kekunci Media adalah tambahan yang sangat diperlukan kepada Ornata agar ia boleh bersaing dengan papan kekunci premium  lain, dan scroll wheel adalah bonus tambahan yang saya percaya setiap papan kekunci harus ada. Keupayaan untuk menurunkan volume bunyi pada bila-bila masa dengan cepat adalah aset yang sangat bagus. Walau bagaimanapun, saya sedikit kecewa kerana suis mecha-membrane tidak memiliki bunyi mekanikal yang sepatutnya ada. Seperti yang saya jelaskan di atas, pilihan reka bentuk ini adalah untuk mengurangkan bunyi bising sambil mengekalkan perasaan meng’klik’ yang memuaskan.

Fungsi Razer Synapse 3 dan keseluruhan reka bentuk papan kekunci menjadikan Ornata V2 sebuah papan kekunci gaming bajet yang baik tanpa terlalu menonjolkan diri. Mungkin ada papan kekunci yang lebih baik di pasaran dengan nilai harga yang sama, tetapi ia bergantung pada apa yang anda lebih suka dan apa yang anda lebih mahukan di sebuah papan kekunci. Jika berminat, sila layari laman web rasmi Razer untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi

  • RM499
  • Teknologi Razer Hybrid Mecha-Membrane
  • Scroll wheel & kekunci Media
  • RGB Razer Chroma
  • Kusyen rehat untuk merehatkan pergelangan tangan
  • Razer Synapse
  • Ruang menyimpan kabel
  • N-key roll over
  • Pilihan mod gaming
  • Kabel jahitan fiber
  • Ultrapolling 1000 Hz
  • Sesuai dengan Xbox One untuk input asas
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gaming Keyboardpapan kekunciProdukrazerRazer Ornata V2reviewulasan
Previous Post

Tonton stream siri anime Gibiate dan Umayon di siaran YouTube Ani-One!

Next Post

Trailer Shadow Warrior 3 dah habis masuk air dengan penuh darah weh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer Shadow Warrior 3 dah habis masuk air dengan penuh darah weh!

Trailer Shadow Warrior 3 dah habis masuk air dengan penuh darah weh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd