Hunter’s Arena: Legends adalah sebuah game yang dibangunkan oleh pemaju Mantisco dan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Game ini berkonsepkan battle royale dimana anda akan bertempur dengan 60 pemain lain untuk berjuang menjadi yang terakhir hidup. Baru-baru ini, PlayStation telah berkongsi mengenai ujian beta tertutup Hunter’s Arena Legends yang akan diadakan eksklusif untuk pemain konsol PlayStation 5 dan PlayStation 4 bermula 14 dan 15 Mei sahaja.
Berikut adalah ciri-ciri baru yang akan pemain dapat mencuba semasa ujian beta tertutup Hunter’s Arena: Legends nanti:
PVP dan PVE
Dalam Hunter’s Arena, pemain tidak akan terhad kepada berlawan sesama mereka sahaja. Malah mereka juga boleh memilih untuk memasuki dungeon yang berisiko tinggi dan mengandungi ganjaran yang lumayan. Anda juga mungkin akan bertemu dengan Boss iblis dan perlu membunuhnya untuk mendapatkan barang-barang yang kuat dan boleh meningkatkan level di dalam dungeon tersebut.
Karakter
Dalam ujian beta tertutup ini, anda dapat memilih 12 jenis Hunter yang mempunyai skil dan swordplay yang tersendiri. Antara karakter Hunter baru yang akan diperkenalkan ialah Tau dan Samjang. Tau adalah Demi-Beast Hunter yang boleh menghasilkan damage yang besar walaupun penampilannya agak comel. Manakala Samjang adalah seorang sami yang memiliki rambut afro dan mampu menghentam musuhnya dengan tangan raksasa Buddha.
Pertarungan yang mencabar
Di Hunter’s Arena ini, pemain dapat bertempur dalam pertarungan yang dinamik. Namun, anda akan berhadapan dengan musuh yang lebih kuat dan lagi bijak dalam tipu muslihat. Anda boleh menggunakan Super Ability untuk menyerang dan menghasilkan damage yang banyak ke atas musuh. Pemain boleh memilih Hunter yang sesuai dengan gaya pertarungan mereka seperti Ara yang mampu membuat gelombang sonik jarak jauh, atau serangan cakaran kuku tajam dari Tau.
Kemahiran survival anda akan diuji dengan para Hunter dan iblis yang berbahaya, serta Blood Barrier. Semasa perjalanan dalam Hunter’s Arena, anda juga boleh memilih untuk bekerjasama buat sementara waktu dengan Hunter lain untuk memburu Boss iblis bagi mendapatkan item yang bernilai. Namun, anda perlu berhati-hati dengan serangan hendap dari Hunter lain yang akan merampas loot anda.
Bersiap sedia untuk 14 Mei ini, kerana anda akan bertarung di era Asia Timur yang hilang dan para iblis berkeliaran di dunia Hunter’s Arena! Bagi yang berminat untuk sertai ujian beta tertutup, anda boleh menekan pautan ini untuk mendaftar. Mereka yang terpilih untuk memasuki ujian ini akan menerima kod dari pemaju.

@gamersantaimy
Discussion about this post