Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ujian beta Apex Legends Mobile rasmi bermula hari ini di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Ujian beta Apex Legends Mobile rasmi bermula hari ini di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Apex Legends Mobile adalah permainan yang sudah lama dinantikan oleh para peminat battle royale di Malaysia. Diumumkan bulan lepas, hari ini Apex Legends Mobile akan melancarkan ujian beta tertutup untuk Malaysia. Pada masa yang sama, negara-negara Asia Tenggara lain juga akan mendapat akses ke ujian beta ini termasuk Filipina dan Indonesia.

Apex Legends Mobile update:

The next round of closed beta testing starts right now in Indonesia, the Philippines, and Malaysia!

If you have an Android device and you haven't already pre-registered, you can do so here 👉 https://t.co/CshBg78jeK

— Respawn (@Respawn) July 27, 2021

Menurut akaun Twitter rasmi Apex Legends Mobile, Respawn mengatakan bahawa permainan dapat diakses hari ini pada 27 Julai 2021. Malangnya, tidak semua peminat dapat mencuba permainan ini. Ia hanya tersedia untuk mereka yang sudah membuat pra-pendaftaran. Ini kerana ujian beta tertutup hanya membuka akses server yang terbatas. Pemain boleh membuat pra-pendaftaran pada peranti, tetapi hanya beberapa peminat bertuah yang dipilih oleh Respawn.

Respawn tidak mendedahkan berapa ramai yang dapat mengakses ujian beta permainan ini. Namun, mereka mengatakan bahawa kali ini jumlah pemain untuk ujian akan ditambah jika semuanya berjalan lancar tanpa halangan. Buat mereka yang bertuah, anda hanya boleh cuba 8 watak atau ‘Legend’ pada masa ini. Kandungan dalam permainan pun masih terhad, jadi janganlah meletakkan harapan yang tinggi seperti versi permainan asli.

Dari artikel sebelum, saya memberitahu bahawa:

“Seterusnya, Chad Grenier (Pengarah Apex Legends) menjelaskan bahawa permainan mempunyai naratif yang berbeza dengan versi PC/konsol. Dalam blog post tersebut, Grenier menyatakan bahawa, “ia adalah versi baru Apex Legends” tetapi menegaskan yang versi mudah alih ini akan cuba setia dengan versi asli. Apex Legends Mobile juga direka khusus untuk penggunaan skrin sentuh, dan akan merangkumi kawalan dan pengoptimuman yang lancar untuk peranti mudah alih.”

Harap maklum, ujian beta Apex Legends Mobile adalah eksperimen Respawn untuk terus memajukan permainan ini lagi, di mana mereka berharap para pemain dapat membantu dengan memberikan maklum balas yang diperlukan ketika menghadapi masalah atau bug semasa bermain. Jika anda berminat, jangan lupa untuk pra-daftar sekarang di pautan bawah!

Untuk segala liputan kami tentang Apex Legends, saya akan sediakan pautan di sini.

Sumber – Respawn

Muat turun di sini
Apex Legends
Developer: Respawn Entertainment
Release Date: 2019-02-04
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Apex Legends adalah permainan Battle Royale bebas yang dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 Februari 2019 tanpa sebarang pengumuman atau pemasaran sebelumnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidApex Legends mobileMalaysiarespawnujian beta
Previous Post

Siapa Pelajar yang paling kuat dalam anime Jujutsu Kaisen?! Jom lihat senarai ini!

Next Post

Game sekuel Neo: The World Ends With You kini tersedia di PS4 dan Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game sekuel Neo: The World Ends With You kini tersedia di PS4 dan Nintendo Switch!

Game sekuel Neo: The World Ends With You kini tersedia di PS4 dan Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd