Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Uchiha Sarada muncul dengan design dewasa, manga Boruto bakal kembali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 24, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Uchiha Sarada muncul dengan design dewasa, manga Boruto bakal kembali!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat anime kerana manga Boruto: Naruto Next Generations akan kembali tidak lama lagi! Diumumkan melalui media sosial, Shueisha telah mengumumkan tarikh keluaran tepat untuk manga Part 2. Bersama tarikh keluaran, mereka turut mempamerkan reka bentuk baru bagi Uchiha Sarada yang kini semakin dewasa.

『#BORUTO -ボルト-』第二部

『BORUTO-ボルト- -TWO BLUE VORTEX-』

次号Vジャンプ10月特大号(8月21日発売)から連載開始‼️ pic.twitter.com/lk6qsArLU1

— NARUTO・BORUTO【原作公式】 (@NARUTO_kousiki) July 20, 2023

Secara khususnya, akaun Twitter rasmi Boruto telah mendedahkan butiran lanjut tentang Part 2 manga pada beberapa hari lepas.

Pertama, manga ini akan kembali pada 20 Julai 2023. Kedua, tajuk rasmi untuk saga seterusnya ialah “Two Blue Vortex” dan ia bermula dengan bab 81. Dua info tersebut pun sudah cukup menggembirakan tetapi siapa sangka mereka menyertakan ilustrasi Uchiha Sarada di sisi mesej.

Rupa baru Sarada

Kredit: Shueisha

Sempena mempromosikan manga akan datang, reka bentuk terbaru Uchiha Sarada turut didedahkan. Kini lebih tua, Sarada menerima banyak perubahan pada wajah dan pakaian.

Sekarang, Sarada mempunyai gaya rambut yang lebih pendek dan berupa”tomboy”. Pada masa yang sama, dia memakai cermin mata yang berbeza (bingkai lagi nipis) dan memakai anting-anting Uchiha. Seterusnya, Sarada mempunyai rantai leher dengan simbol Klan Haruno (keluarga ibunya). Daripada segi pemakaian, Sarada menggayakan baju hitam dengan jaket hitam yang mirip dengan jaket Boruto/Akatsuki.

Lebih matang dan dewasa, Sarada kelihatan sangat berbeza dan mengeluarkan aura yang lebih gelap/suram seperti ayahnya Sasuke semasa muda dan Itachi. Mungkin ada yang kurang suka, tetapi reka bentuk ini menarik dan sesuai dengan tema keseluruhan.

Kredit: Shueisha

Sarada bukan sahaja berubah daripada segi penampilan, kerana dia akan kembali dengan banyak abiliti baru. Di penghujung Part 1, dia telah mengaktifkan Mangekyo Sharingan tetapi malangnya, kita tidak sempat melihat kuasanya. Tidak mengapa, kerana kita akan dapat tahu tidak lama lagi.

Apa jadi di manga Boruto sekarang?

Bagi sesiapa yang lupa, berikut adalah sinopsis pendek untuk Boruto Part 1:

Kredit: Shueisha

Selepas bertukar kehidupan dengan Kawaki, protagonis Uzumaki Boruto kini menjadi penjenayah dikehendaki lalu diburu oleh seluruh shinobi Konoha kerana disyaki membunuh Naruto dan Hinata.

Nasib baiklah, Boruto berjaya melarikan diri daripada kampung dengan bantuan mentornya, Uchiha Sasuke. Bersama, mereka menjalani latihan untuk mengasahkan kuasa Boruto supaya dia lebih bersedia untuk menghadapi ancaman masa depan. Pada masa yang sama, Kawaki turut mengasahkan kemahirannya dan meneruskan misi menghapuskan Otsutsuki, yang termasuk Boruto.

Kredit: Shueisha

Jika anda ingin membaca kisah penuh, saya sediakan rumusan lengkap di SINI.


Apa pendapat korang tentang design Sarada? Cantik atau buruk? Jom kongsi di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutoUchiha Sarada
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 366 – Asta jatuhkan Paladin Damnatio dengan satu pukulan!

Next Post

Invincible – Episod Istimewa Atom Eve kini tersedia di Prime Video Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Invincible – Episod Istimewa Atom Eve kini tersedia di Prime Video Malaysia!

Invincible - Episod Istimewa Atom Eve kini tersedia di Prime Video Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd