Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft rasmi umum Assassin’s Creed Mirage, inspirasi dari Timur Tengah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 2, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita
0 0
0
Ubisoft rasmi umum Assassin’s Creed Mirage, inspirasi dari Timur Tengah
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, game terbaru Assassin’s Creed oleh Ubisoft tiba-tiba telah terbocor dalam talian, di mana kita mendapat tahu bahawa tajuknya adalah Assassin’s Creed Mirage. Antara info lain yang terbocor termasuk imej visual dan bonus prapesan.

Daripada mengabaikan info bocor itu, Ubisoft telah memutuskan untuk mengumumkan Assassin’s Creed Mirage secara rasmi hari ini!

Assassin's Creed Mirage is the next Assassin's Creed game.

We can't wait to tell you more on September 10 at Ubisoft Forward: 9PM CEST | 12PM PT. #AssassinsCreed pic.twitter.com/92LoEcrrWs

— Assassin's Creed (@assassinscreed) September 1, 2022

Secara lebih khusus lagi, Ubisoft mengumumkan AC Mirage melalui media sosial yang menyertakan seni visual utama tentang rupa game serta memberitahu bila mereka akan memberitahu info lanjut di ruang caption.

Assassin’s Creed Mirage akan didedahkan sepenuhnya di acara Ubisoft Forward, yang dijadualkan pada 10 September. Kita sekurang-kurangnya mungkin dapat melihat trailer sinematik rasmi. Jika kita betul-betul beruntung, mungkin tarikh keluaran rasmi pun akan didedahkan juga, memandangkan salah satu bonus prapesan telah pun diberitahu dalam talian.

Menurut maklumat yang terbocor, AC Mirage mempunyai misi bonus yang hanya boleh diakses oleh pemain jika mereka membuat prapesan untuk game. Misi bonus prapesan AC Mirage dipanggil The Forty Thieves Quest, tetapi tidak banyak yang didedahkan selain daripada itu.

Cuma satu poin yang menarik adalah nama The Forty Thieves Quest merupakan rujukan kepada cerita dongeng dari Iraq, lantas mengukuhkan laporan lama tentang latar belakang AC Mirage.

Basim daripada AC Valhalla

Sebelum ini, info lama menjelaskan yang Assassin’s Creed Mirage akan berlangsung di Baghdad, Iraq di mana ramai percaya protagonis seterusnya adalah Basim (muncul di dalam Assassin’s Creed Valhalla dan adalah watak popular). Namun, perkara ini belum disahkan lagi buat masa ini jadi lebih baik kita menunggu acara Ubisoft Forward untuk maklumat lanjut.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Assassin’s Creed, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed Mirageubisoft
Previous Post

Preview R6 Siege: Operation Brutal Swarm — Operator baru dari Singapura, hebat dalam silat

Next Post

Shadow of the Tomb Raider kini PERCUMA di Epic Games Store — Claim sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Shadow of the Tomb Raider kini PERCUMA di Epic Games Store — Claim sekarang!

Shadow of the Tomb Raider kini PERCUMA di Epic Games Store -- Claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd