Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ubisoft Dedahkan Tom Clancy’s The Division 3, Dibangunkan oleh Massive Entertainment!

Maira by Maira
September 22, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Ubisoft Dedahkan Tom Clancy’s The Division 3, Dibangunkan oleh Massive Entertainment!
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu Ubisoft dedahkan bahawa mereka sedang bangunkan Tom Clancy’s The Division 3. Melalui tweet Massive Entertainment, Tom Clancy’s The Division 3 akan dipantau oleh Julian Gerighty yang merupakan Executive Producer untuk jenama Tom Clancy’s The Division.

Julian Gerighty has been appointed Executive Producer for the Tom Clancy’s The Division brand. Julian will oversee all games and products, including Tom Clancy’s The Division 3, led by Massive Entertainment who is actively building a team for the game.

👉 https://t.co/e8icWFKhcd pic.twitter.com/BadrtuFiEe

— Massive Entertainment – A Ubisoft Studio 🎮 (@UbiMassive) September 21, 2023

Dalam blog Ubisoft, Gerighty mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk kembali ke The Division. Sebelum dia sertai pasukan Tom Clancy’s The Division pada 2014, dia teringat pada semasa pendedahan pertama game tersebut semasa E3 2013.

“Saya masih ingat game – co-op, PvP, aspek RPG dunia terbuka. Dunianya kelihatan sangat berkait, dan realistik, seperti anda benar-benar boleh menjadi agen di dalamnya.”

Sumber: Ubisoft

Tumpuan utama Gerighty adalah untuk membina pasukan untuk The Division 3, yang akan diketuai oleh Massive Entertainment, sambil memastikan Tom Clancy’s The Division kekal disokong dengan baik. Di samping itu, dia juga akan menumpukan perhatian pada pemantapan identiti jenama tersebut.

“Kami mungkin mempunyai lebih 40 juta pemain, tetapi The Division masih dalam tahun-tahun awal sebagai francais. Terdapat begitu banyak cerita yang luar biasa untuk diceritakan, tempat untuk diterokai dan orang untuk dilindungi.”

The Division 3 masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, jadi kita nantikan sahaja kemas kini baharu daripada Ubisoft apabila ia sedia nanti.

Sumber: Ubisoft

Gerighty yang sedang melihat pembangunan Star Wars Outlaws akan kekal komited dalam membuatkan game tersebut berjaya untuk pasukan pembangun dan peminat. Dia juga akan kekal dalam projek tersebut sepanjang pelancaran untuk memastikan Star Wars Outlaw memenuhi visi kreatif yang diingini dan memberikan pengalaman hebat untuk pemain.

Adakah anda semua sudah bersedia untuk meninggalkan The Division 2 untuk bermain The Division 3 nanti? Boleh tinggalkan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai The Division daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Division 3Tom Clancy's The DivisionTom Clancy's The Division 3
ShareTweetSend
Previous Post

EA Sports WRC pamer gameplay, handling kereta & keaslian sukan lumba Rally!

Next Post

Geng Street Fighter akan muncul dalam Exoprimal Title Update 2 – akan mula bulan depan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Geng Street Fighter akan muncul dalam Exoprimal Title Update 2 – akan mula bulan depan!

Geng Street Fighter akan muncul dalam Exoprimal Title Update 2 - akan mula bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd