Ubisoft sentiasa cuba untuk memperkenalkan idea baru kepada IP mereka, tetapi untuk mencari genre permainan yang tepat bukanlah perkara yang mudah. Sebelum ini, mereka cuba menembus pasaran mobile, tetapi itu tidak menjadi. Kini, mereka memperkenalkan Ubisoft All-Star Blast yang merupakan permainan battle royale tetapi dengan unsur Bomberman.
Ramai dalam komuniti menyatakan bahawa Ubisoft All-Star Blast kelihatan dan terasa “hampir sama” seperti Bomberman, tetapi dalam bentuk permainan browser yang percuma untuk dimainkan. Kita boleh mengawal watak menggunakan tetikus dan papan kekunci atau kawalan touchscreen (bergantung di peranti apa yang anda guna), lalu harus meletakkan bom untuk menewaskan pihak lawan.
Seperti yang saya kata di atas, formatnya adalah battle royale hingga 99 pemain. Setiap pemain akan muncul sebagai watak yang berbeza dari beberapa permainan Ubisoft, seperti Assassin’s Creed, Prince of Persia, Immortals: Fenyx Rising, Rayman, Watch Dogs, Rabbids, Brawlhalla, Tom Clancy dan lain-lain. Pada dasarnya, anda tidak perlu memuat turun Ubisoft All-Star Blast, tetapi masih perlu “install” ke web browser untuk log masuk dan mencipta akaun pemain. Ini digunakan untuk memperoleh ganjaran harian seperti mata wang dalam permainan yang boleh kita gunakan untuk membuka 100+ watak dari Ubisoft.

Bagi mereka yang tidak tahu, Ubisoft All-Star Blast adalah sebahagian daripada koleksi permainan berasaskan browser yang boleh dimainkan di mana-mana peranti. Untuk mudahkan cerita, anggap sahaja koleksi permainan ini seperti Flash game yang dulu kita main di PC tetapi berjenama Ubisoft. Macam-macam ada, jadi jika anda berminat, jangan lupa untuk cuba!
Untuk segala liputan kami tentang Ubisoft, sila tekan pautan ini.
Sumber – Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post