Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TV TOKYO Lancar Saluran Youtube untuk Penonton Malaysia Layan Drama & Anime Secara Percuma!

Maira by Maira
November 29, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
TV TOKYO Lancar Saluran Youtube untuk Penonton Malaysia Layan Drama & Anime Secara Percuma!

Sumber imej: TV TOKYO

Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime atau drama pasti pernah dengar tentang saluran Jepun “TV Tokyo”. Kalau anda ingin tahu, TV Tokyo telah melancarkan sebuah saluran Youtube baharu, khas buat penonton di Malaysia dan Indonesia untuk menonton anime dan drama! Kalau anda ingin tahu, pelancaran saluran itu bersempena ulang tahunnya yang ke-60! Anda bolehlah singgah ke saluran Youtube TV Tokyo melalui pautan ini!

Sumber: TV Tokyo

Dengan komitmen untuk menyediakan hiburan terkemuka, saluran YouTube TV TOKYO WW, menyasarkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan anime dan drama Jepun di Malaysia. Saluran itu bertujuan untuk membawa dunia J-anime dan drama yang menawan kepada penonton Malaysia.

Sumber: Youtube

Setiap bulan, TV TOKYO WW akan menambah tajuk dan episod baharu di saluran tersebut, memberikan katalog yang mengandungi pelbagai tajuk anime dan drama. Jom kita lihat tajuk-tajuk yang tersedia di saluran tersebut buat masa ini!

Shugo Chara!

Sumber: TV Tokyo

Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amu yang menjadi dibenci seluruh sekolah kerana sikapnya yang suka memerintah, tetapi pada hakikatnya dia seorang yang pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri. Ini adalah kisah tentang seorang gadis yang mendapat telur ajaib dan mengubah dirinya menjadi apa sahaja yang dia mahukan.

Squid Girl

Sumber: TV Tokyo

Squid girl bosan dengan orang yang mementingkan diri sendiri mencemarkan laut, bertindak melampau dan memusnahkan sebuah rumah pantai di darat, tetapi dia kemudiannya ditangkap dan dipaksa bekerja sebagai orang suruhan.

Skip Beat

Sumber: TV Tokyo

Teman lelaki protagonis mengkhianatinya apabila dia akan mula berkembang dalam industri hiburan. Dia cuba menjadi idola tersendiri untuk membalas dendam kepadanya.

Fairy Musketeers

Sumber: TV Tokyo

Seorang budak lelaki mengembara ke dunia dongeng yang misteri dan, dengan bantuan Red Riding Hood, dia berhadapan dengan jelmaan jahat seperti Sleeping Beauty dan Cinderella.

Tactics

Sumber: TV Tokyo

Tactics merupakan sebuah cerita tentang pengembara yang merupakan pengusir setan. Dengan bantuan makhluk roh yang kuat, dia membongkar misteri pelbagai fenomena psikik.

Brave Yoshihiko

Sumber: TV Tokyo

Siri ini merupakan drama live-action yang mencipta semula dunia game RPG Dragon Quest yang popular. Semasa wabak misteri sedang merebak, seorang pemuda bernama Yoshihiko (Takayuki Yamada), dipilih sebagai wira dan memulakan perjalanan untuk menyelamatkan kampungnya.

If It Sounds Good to You

Sumber: TV Tokyo

Dalam If It Sounds Good to You, bekas ahli kumpulan Nogizaka, Marika Ito memainkan watak utama, yang menyampaikan podcast sambil makan makanan gourmet di rantaian restoran yang menarik yang “boleh didapati di setiap bandar, tidak begitu istimewa tetapi anda mahukannya”.

Escape From The History Maze

Sumber: TV Tokyo

Drama komedi sci-fi ini menceritakan seorang gadis sekolah menengah yang kembali ke masa lalu dan menyelesaikan kod untuk membetulkan sejarah yang dipalsukan pada masa hadapan. Bolehkah mereka menyelesaikan misteri dalam had masa?

Theatre of Darkness 

Sumber: TV Tokyo

Omnibus seram pendek ini menggunakan teknik seperti kolaj foto, bunyi dan imej animasi untuk menangkap imaginasi penonton, sama seperti rancangan bergambar.

Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat ke Youtube dan subscribe saluran ini untuk dapatkan kemas kini baru rancangan kegemaran! Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TV TokyoTV TOKYO WW
ShareTweetSend
Previous Post

Jualan Tiket Konsert YOASOBI Malaysia Didedahkan, Bakal Dijual Pada 1 Disember!

Next Post

Berdasarkan Francais Game, Siri Live-Action ‘Fallout’ Akan Ditayangkan Pada April 2024

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Berdasarkan Francais Game, Siri Live-Action ‘Fallout’ Akan Ditayangkan Pada April 2024

Berdasarkan Francais Game, Siri Live-Action 'Fallout' Akan Ditayangkan Pada April 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd