Haritu kami ada kongsikan senarai game baru yang boleh dimainkan sepanjang tempoh PKP. Kali ini kami ingin kongsikan tutorial mudah untuk live stream di Facebook live semasa bermain PlayStation 5 dan PlayStation 4. Tak dapat nak berbual dengan rakan-rakan, sekurang-kurangnya boleh la berinteraksi bersama rakan media sosial kan? Baru la tak bosan TOTAL LOCKDOWN ni. Baiklah tanpa lengahkan masa, ini adalah tutorial mudah untuk anda setup stream gameplay PS4 dan PS5 di Facebook!
Peranti yang diperlukan
- Konsol PS5 atau PS4
- Capture Card
- Monitor
- Kabel HDMI x2
- Kabel USB Type-C
- PC atau Laptop yang serasi
Capture Card
Capture card merupakan sebuah peranti yang digunakan bersama komputer untuk menangkap kandungan di skrin konsol pemain dan akan di encode supaya boleh dimainkan dalam streaming. Biasanya para streamer di luar sana akan menggunakan capture card bagi memudahkan mereka untuk berkongsi gameplay bersama penonton di stream.
Terdapat beberapa jenis sambungan capture card, seperti USB, PCI-e, USB-C dan Thunderbolt 3. Disini kami mengesyorkan pada anda untuk menggunakan sambungan dari USB kerana ianya lebih murah, berbaloi dan senang dibawa berbanding memilih PCI-e.

Berikut adalah senarai capture card yang boleh anda dapatkan di kedai online dengan harga bawah RM80:
- HDMI 1080p 4K
- ACASIS Video Capture Card
- J5 Create Ultra HD 4K
- llano Video Capture Card
- YOUP Video Capture Card USB
Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih, anda juga boleh menggunakan capture card berjenama dan berkualiti seperti:

Menggunakan capture card
- Pasangkan aplikasi capture card ke dalam PC atau laptop.
- Pergi ke konsol dan disable bahagian “Enable HDCP”.
- Sambungkan satu kabel HDMI ke port luar konsol kepada port dalam capture card.
- Satu lagi kabel HDMI akan dipasangkan ke port luar capture untuk disambung ke port HDMI monitor.
- Sambungkan USB Type-C dari output capture card ke PC atau laptop

Setelah penyambungan kabel telah selesai, ON konsol dan aplikasi capture card serta pastikan anda setkan segala setting dengan betul. Maka dengan ini, anda sudah boleh mula membuat stream gameplay PS5 dan PS4 dengan grafik yang cantik untuk dipersembahkan kepada penonton di Facebook Live.
Aplikasi Remote Play
Kaedah Remote Play ini adalah teknik paling mudah, cepat dan paling penting ianya percuma! Anda hanya perlu menggunakan aplikasi PS Remote Play untuk melakukan stream di komputer bersama OBS. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menambah hamparan ke stream, dan boleh digunakan ke beberapa platform serentak.
- Muat turun aplikasi Remote Play Client pada pc anda.
- Pilih lokasi untuk simpan file aplikasi dan mulakan muat turun.
- Pastikan sistem pc anda memeriksa kemaskini untuk Remote Play Client.
- Hubungkan DualShock 4 atau DualSense anda menggunakan USB ke PC, dan tekan butang Start.
- Log masuk ke akaun PSN anda.
- Jika PC dan konsol telah dihubungkan ke Internet, anda perlu tunggu beberapa minit untuk kedua-duanya dalam keadaan sync.
- Skrin PlayStation anda akan muncul pada monitor PC.
- Anda boleh gunakannya sebagai sumber untuk sebarang encoder, contohnya seperti OBS.
- Namakan sumber tersebut seperti “Remote Play”, dan sahkan sebarang penambahan.
- Pilih format file yang sesuai untuk sumber capture anda, contohnya “RemotePlay.exe:
- Sekarang skrin konsol anda sudah diset dalam encoder, dan anda boleh mula untuk stream.
Disini kami perlu ingatkan bahawa jika anda menggunakan sambungan wireless antara konsol dan PC, akan ada kemungkinan kualiti video stream menjadi teruk. Jadi untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik, kami sarankan anda untuk menghubungkan kedua-dua peranti ini menggunakan kabel Ethernet.
Proses live Stream
Terdapat cara lain juga untuk anda melakukan stream gameplay PS5 dan PS4 anda di Facebook tanpa menggunakan capture card. Cara ini tidak memerlukan modal dikeluarkan tetapi mungkin sedikit sukar untuk di setup melainkan anda boleh dikira mahir dalam bahagian teknologi. Kaedah ini seperti anda berkongsikan skrin Youtube ke Facebook Live menggunakan fungsi screen record.
- Pilih game yang ingin di stream ke Facebook live.
- Pergi ke setting pada konsol dan pilih Broadcast Gameplay.
- Tekan pilihan Link with Other Services dan pilih servis Youtube.
- Log masuk akaun Youtube anda.
- Pergi semula ke skrin in-game pada konsol.
- Masuk ke bahagian setting pilihan Broadcast Gameplay semula dan tekan pada Youtube.
Secara automatik, gameplay anda akan bersiaran di Youtube dan boleh bersiap sedia untuk lakukan stream di Facebook. Namun langkah seterusnya ini mungkin agak pening sedikit, tetapi jangan risau, masih lagi boleh dilakukan dengan mudah.
- Pergi ke halaman Facebook Live, pilih butang “Use Camera” dan tekan “Share Screen”.
- Tetingkap “Share your screen akan keluar, jadi anda perlu pilih kotak “Application Window” dan tekan butang share.
- Anda sekarang sedang stream di skrin Youtube, jadi pilih butang fullscreen dan paparan gameplay akan muncul sama seperti di Facebook Live.
- Untuk pastikan gameplay direkod dan audio berjalan lancar, anda boleh periksa stream melalui aplikasi Facebook di telefon.
Walaupun cara ini menjimatkan, tetapi ia masih mempunyai kekurangan dan tidak sempurna seperti membuat live stream menggunakan peranti Capture Card. Jika encoder pada cpu anda tidak cukup kuat, maka stream Facebook Live akan menjadi lag dan mengalami masalah isu framerate.
Di samping itu, anda juga akan mengalami masalah delay pada stream gameplay, dan kelewatan ini bergantung pada kelajuan internet semasa. Stream Facebook Live anda mungkin akan lewat berbanding di skrin in-game lebih kurang dalam 20 hingga 40 saat kerana ianya direkod melalui Youtube. Jadi kami sarankan anda untuk memberitahu kepada penonton yang stream ini mempunyai masalah delay di dalam ruang komen.
Kami harap perkongsian tutorial mudah untuk live stream gameplay PS5 dan PS4 di Facebook ini dapat membantu anda mencuba perkara baru semasa tempoh PKP ini berlangsung. Mana la tahu nanti anda juga bakal menjadi streamer terkenal suatu hari nanti kan? Selain itu, ada juga boleh membaca artikel kami mengenai alatan yang diperlukan untuk memulakan live stream di Facebook Live untuk mendapatkan tips barangan apa yang boleh digunakan.
@gamersantaimy
Discussion about this post