Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tunjuk kemaluan di Discord” – Pasukan Valorant wanita berhenti kerana diganggu seksual oleh jurulatih

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2022
in Artikel, Berita, Esports
0 0
0
“Tunjuk kemaluan di Discord” – Pasukan Valorant wanita berhenti kerana diganggu seksual oleh jurulatih
Share on FacebookShare on Twitter

Dahulu dikenali sebagai Nygma Galaxy Female, seluruh ahli pasukan Valorant wanita dan ketua jurulatih Rising Hope telah keluar daripada organisasi selepas mereka didakwa diganggu seksual oleh salah seorang jurulatih di mana lelaki itu menunjukkan kemaluannya kepada seluruh ahli semasa di dalam Discord.

Jehiel, bekas ketua jurulatih Rising Hope, mengeluarkan kenyataan menerusi Twitlonger untuk menjelaskan insiden yang berlaku.

Days ago an entire female Valorant team and the head coach for Rising Hope left the Org unanimously on account of another coach showing the team his penis live on discord… pic.twitter.com/GISTD10AiK

— Jake Lucky (@JakeSucky) October 14, 2022

Apa yang sebenarnya terjadi?

Menurut Jehiel, insiden yang menyebabkan pasukan itu berhenti daripada organisasi adalah kerana Simons, seorang lagi jurulatih lain dalam Rising Hope telah berkelakuan tidak senonoh dengan pasukan wanita Valorant. Bermula sejak beberapa minggu lepas, Simons meminta individu lain dikenali sebagai “Wway” untuk mendedahkan kemaluan mereka.

Walaupun diminta untuk berhenti dan bersikap sopan, Simons meneruskan lawak yang tidak senonoh ini. Selepas diminta berulang kali untuk berhenti membuat jenaka itu, Jehiel dan seluruh senarai wanita Valorant memutuskan untuk mengadakan perlawanan mereka tanpa kehadiran Simons dan jurulatih lain.

Jehiel kemudian akan merakam perlawanan mereka lalu menghantarnya kepada Simons supaya dia boleh menyemak prestasi pemain. Buat sementara, cara ini nampak selamat tetapi ia hanya tahan buat sementara waktu.

Pada 27 September, Simons meminta untuk menonton scrim sekali lagi dan mereka terpaksa akur dengan permintaannya. Menurut kenyataan Jehiel, semuanya nampak baik pada awal 15 minit, tetapi Simons kemudian “unmute” dirinya lalu mula bercakap dengan bising. Walaupun diminta berulang kali untuk mute mikrofonnya, Simons enggan berbuat demikian.

Sebaliknya, individu itu terus mendedahkan kemaluannya pada kamera, yang dilihat oleh semua pemain wanita yang mengambil bahagian dalam scrim. Para pemain segera meninggalkan Discord dan kemudian memberitahu Jehiel apa yang telah berlaku.

Siasatan lanjut kemudian menjelaskan bahawa Simons telah meminum alkohol dan telah berkelakuan tidak senonoh beberapa kali. Jehiel melaporkan hal itu dengan Lazar, pemilik pasukan Rising Hope Valorant, dan berkata mereka akan berhenti jika Simon kekal sebagai jurulatih pasukan itu.

Hukuman yang dikenakan

Selepas beberapa hari, Twitter rasmi Rising Hope memuat naik kenyataan tentang hal itu. Pertama sekali, Simons sudah dibuang daripada organisasi dan setiap orang yang terlibat dalam kejadian ini telah didenda (mereka yang merahsiakan hal kejadian untuk melindungi Simons, bukan pemain wanita).

https://twitter.com/RHopeAgency/status/1580506226802053120

Kami amat kesal kerana tindakan sedemikian telah diambil oleh salah seorang ahli kami, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak menerima maklumat yang mencukupi, kerana beberapa ahli organisasi telah menahan [maklmumat] daripada pengurusan am.

Kami memohon maaf kepada bekas pemain kami dan seluruh komuniti.

Apa pendapat korang tentang kes pasukan Valorant wanita ini diganggu seksual oleh jurulatih mereka? Apakah hukuman yang lagi sesuai untuk lelaki ini? Jom bincangkan di ruang komen.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Valorant, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsRising HopeVALORANT
Previous Post

Game Roblox Mechamato Akan Lancar 15 Oktober Ini! Jom Mechanized Bersama-sama!

Next Post

Kolab Mobile Legends x Saint Seiya diumumkan, bakal tiba 24 Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kolab Mobile Legends x Saint Seiya diumumkan, bakal tiba 24 Oktober ini!

Kolab Mobile Legends x Saint Seiya diumumkan, bakal tiba 24 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd