Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tsuburaya Umum Ultraman Omega – Siapakah Ultra Baharu Ini?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2025
in Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Tsuburaya Umum Ultraman Omega – Siapakah Ultra Baharu Ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Tsuburaya Productions Co., Ltd. baru sahaja mengumumkan Ultraman Omega, sebuah siri TV baharu penuh aksi yang akan mula bersiaran pada Sabtu, 5 Julai 2025. Siri ini juga akan ditayangkan dan diedarkan serentak ke seluruh dunia dalam pelbagai bahasa.

Wira Baharu di Dunia Baharu

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd. All rights reserved.

Ultraman Omega memperkenalkan konsep menarik: sebuah Bumi yang belum pernah disentuh oleh wira mahupun kaiju (raksasa gergasi), sehinggalah satu makhluk asing yang kehilangan ingatan terhempas dari angkasa.

Mengambil identiti manusia bernama Sorato Okida, makhluk ini sebenarnya adalah Ultraman Omega — Giant of Light yang menggunakan senjata unik bernama Omega Slugger, bumerang merah dari angkasa yang juga berfungsi sebagai alat transformasinya.

Watak Sorato, yang dibawakan oleh pelakon Shori Kondo, digambarkan sebagai seorang yang ceria, penuh rasa ingin tahu, dan bersifat sedikit kebudak-budakan ketika meneroka dunia yang asing sambil mencari semula memori yang hilang.

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd. All rights reserved.

Berketinggian 50 meter dan seberat 50,000 tan, Ultraman Omega dilengkapi kuasa hebat seperti Reticulute Beam, tembakan tenaga yang dahsyat, serta Omega Meteo, loket bercahaya yang membolehkan transformasi menakjubkannya.

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd. All rights reserved.

Siri ini mengisahkan perjalanan Sorato berdepan serangan kaiju, sambil perlahan-lahan membangkitkan naluri semula jadinya untuk melindungi Bumi.

Ketika cuba memahami semula identitinya sebagai Ultraman dan misteri tentang kaiju, Sorato membina persahabatan rapat dengan seorang pemuda manusia, yang menjadi sahabat penting dalam membantunya memahami dunia baharu ini.

Bersama-sama, mereka mencari jawapan kepada persoalan penting: Mengapa Ultraman perlu melindungi Bumi?

Kredit: ©︎Tsuburaya Productions Co., Ltd. All rights reserved.

Tsuburaya Productions memastikan Ultraman Omega akan dapat dinikmati oleh peminat di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Siri ini akan disiarkan secara serentak di YouTube dengan pilihan lakon suara dan sari kata dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu.

Dengan tambahan itu, peminat di Malaysia dapat mengikuti kisah baharu ini hampir serentak dengan tayangan global.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Ultraman.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ultraman Omega
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Malaysia Umum Siri Laptop Gaming Berkuasa Tapi Mampu Milik, Harga Bermula RM3,499!

Next Post

Ultraman: The Ultra Tour Bakal Gegar Sunway Putra Mall!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
Ultraman: The Ultra Tour Bakal Gegar Sunway Putra Mall!

Ultraman: The Ultra Tour Bakal Gegar Sunway Putra Mall!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd