Penantian kini berakhir! TRIBE NINE, RPG aksi brutal, kini rasmi dilancarkan di App Store, Google Play, dan PC.
Sebagai tanda penghargaan atas pelancaran global, pemain di seluruh dunia akan menerima hadiah eksklusif! Setiap muat turun akan disertakan dengan skin istimewa Koishi Kohinata serta Starter Supplies di permulaan pengembaraan anda.
Mengambil tempat di tahun 20XX, TRIBE NINE membawa pemain ke Neo Tokyo, sebuah kota yang penuh warna tetapi kini berada di ambang kehancuran. Diperintah oleh seorang lelaki bertopeng misteri yang dikenali sebagai Zero, kota ini telah berubah menjadi medan permainan kejam.
Zero telah mencipta pertandingan maut yang dikenali sebagai Extreme Games (XG), di mana setiap pertelingkahan diselesaikan dengan pertempuran berisiko tinggi yang menentukan hidup dan mati. Dalam usaha menentang kezaliman ini, sekumpulan pemberontak muda bangkit.
Dengan peralatan canggih dan teknik yang diinspirasi oleh sukan kegemaran mereka, Extreme Baseball (XB), mereka berjuang untuk mendapatkan kembali kebebasan dan impian yang dirampas.
TRIBE NINE menampilkan sistem pertempuran intens dalam pasukan tiga orang. Setiap watak memiliki abiliti dan gaya bertarung tersendiri.
Rakan sepasukan anda bukan sekadar watak sampingan—mereka bertindak secara pintar mengikut situasi, menarik perhatian musuh, memulihkan kecederaan, dan bekerjasama dalam serangan untuk mengubah arus pertempuran.

Salah satu ciri paling unik dalam game ini adalah XB (Extreme Baseball)—mode pertempuran istimewa yang berbeza daripada pertempuran biasa. Dalam mod ini, pertarungan dihidupkan melalui babak 3D yang penuh dengan aksi. Setiap pukulan dan pergerakan dipenuhi dengan adrenalin, menjadikan pengalaman lebih mendebarkan.
Selain bertarung, pemain boleh meneroka dunia TRIBE NINE melalui overworld bergaya pixel 2D. Neo Tokyo penuh dengan rahsia untuk diterokai—dari harta tersembunyi, mini-game mencabar, hingga misi sampingan yang tidak dijangka.
Setiap sudut kota menyimpan kejutan yang memperkayakan penceritaan dan memberikan ganjaran kepada mereka yang gemar menyelidik setiap pelosok dunia permainan.

TRIBE NINE menawarkan pengalaman free-to-play. Pemain boleh menikmati game ini tanpa bayaran, dengan pembelian dalam aplikasi secara pilihan bagi mereka yang ingin meningkatkan pengalaman mereka. Untuk kemas kini terkini dan maklumat lanjut, lawati laman web rasmi sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post