Kandungan anime di aplikasi Tik Tok sering menjadi hiburan untuk kita. Sekarang ini, kita dapat lihat trend video di mana mereka memperkenalkan beberapa watak anime berambut putih yang “badass” atau hebat. Watak-watak ini sememangnya hebat kerana kuasa yang mereka miliki. Ada juga watak berambut putih yang overpowered dan mampu mengalahkan musuh seorang diri sahaja. Kali ini, mari kita lihat antara watak anime berambut putih yang hebat dalam anime!
Killua Zoldyck – Hunter x Hunter

Dilahirkan dalam keluarga Zoldyck, Killua telah dilatih untuk menjadi Assassin yang sempurna. Tetapi disebabkan kebosanan dia telah lari dari rumah untuk menjadi seorang Hunter. Killua mempunyai sikap karismatik dan jenis tidak peduli untuk bersosial. Namun, dia sering meluahkan apa yang difikirnya dan juga seorang yang jujur. Killua akan mengaktifkan sistem sarafnya dan meningkatkan kelajuannya secara dramatik dengan menghasilkan letupan elektrik melalui tubuhnya sendiri. Keadaan itu membuatkan dia menjadi sangat pantas untuk mengalahkan pengawal istana, yang dia tidak mampu cederakan sebelum itu.
Hatake Kakashi – Naruto

Dengan penampilan separuh wajahnya yang disembunyikan, penampilan guru ini pada mulanya diserahkan kepada imaginasi peminat. Itulah yang menjadi ciri utama yang dimiliki cikgu Kakashi. Kita dapat lihat cara dia bertarung dalam anime dan juga bagaimana dia mendidik Team 7. Dia hanya menggunakan satu sharingan sahaja tetapi ia perlu menggunakan banyak Chakra. Oleh itu, dia sering meniru jutsu lawannya sambil meletakkan mereka dalam genjutsu ringan yang membuatkan musuh berfikir bahawa mata Kakashi dapat melihat masa depan.
Gojo Satoru – Jujutsu Kaisen

Gojo Satoru adalah salah satu watak utama anime Shonen yang tetap berada di puncak perhatian peminat yang juga ahli sihir paling terkenal dari Jujutsu Kaisen oleh Gege Akutami. Gojo Satoru dengan teknik Six Eyes lebih luar biasa daripada mana-mana ahli sihir biasa di Jujutsu Kaisen, namun kekuatan sebenarnya yang kuat juga mampu membuatnya melawan semangat yang kuat malah mampu menggunakan serangan tumbukan dan tendangan dengan mudah. Dengan kemahiran yang sudah lama dilatih, Kekuatan Gojo membuatkannya ahli sihir jujutsu yang paling mengagumkan.
Kaneki Ken – Tokyo Ghoul

Keneki Ken merupakan protagonis dalam siri Tokyo Ghoul. Pada mulanya dia memiliki rambut hitam tetapi beransur menjadi putih selepas dia berubah menjadi Ghoul. Kaneki merupakan seorang yang baik tetapi berubah apabila dia ditangkap oleh Jason. Sebaik sahaja dia menerima kenyataan bahawa dia adalah Ghoul, dia menjadi lebih kuat dan jahat sehingga dapat mengalahkan Jason dalam pertarungan. Kemampuan ghoul miliknya lebih kuat dari kagune biasa kerana Kaneki memakan ghoul yang membuatkan kagunenya berubah menjadi kakuja. Walaupun Kakuja sering menyakitkan mentalnya, tetapi kuasa Kaneki bertambah sepuluh kali ganda.
Ban – The Seven Deadly Sins

Ban dikenali sebagai “Fox’s sin of Greed” dalam The Seven Deadly Sins. Ban dianiaya semasa kecil oleh ibu bapanya sehingga dia menemui Zhivago yang mengajarnya bagaimana untuk mencuri dan juga legenda Fountain of youth yang akan memberikan keabadian hidup tetapi dijaga oleh roh penjaga. Kebolehan “snatch” miliknya membolehkan Ban mencuri apa sahaja yang dia inginkan dengan bantuan 3 orang stafnya. Dia juga mampu mencuri benda-denda abstrak seperti tenaga, kekuatan luar biasa dan juga kepantasan yang tidak mampu dilakukan manusia. Ban juga sering bernyanyi apabila dia bercakap membuatkannya kelihatan lebih menarik. Saat dia mengalahkan Jude dalam babak pertama merupakan antara aksi hebat dari Ban.
Accelerator – A Certain Scientific Accelerator

Seorang lelaki sadis dengan otak yang licik dan kemampuan yang terlalu kuat, Accelerator diperkenalkan ke dalam anime sebagai penjahat. Ini kerana berlakunya peristiwa yang mengejutkan menjadikannya seorang watak anti-hero. Kita dapat melihat dia membunuh semua klon Misaka yang tersedia kerana eksperimen gelap di Academy City yang ingin melahirkan Level 6 di bandar itu. Senyuman dan ketawa jahatnya mampu membuatkan musuhnya gelisah, lalu menggunakan kuasa telekinesis miliknya untuk menimbulkan kekacauan.
Ini hanya sebahagian daripada senarai watak anime berambut putih yang kami boleh berikan. Terdapat ramai lagi watak yang hebat seperti Jiraiya, Todoroki Shouto, Gintoki dan lain-lain. Kebanyakkan dari mereka memang hebat dan buat kita rasa seronok apabila menonton anime. Anda juga mesti ada watak berambut putih yang anda minati. Watak anime apa yang anda minati yang tidak tersenarai di sini? Anda boleh berkongsi dengan kami mengenainya! Kami juga ada membuat liputan lain seperti fakta mengenai Tokyo Revengers, nilai Grade dalam Jujutsu Kaisen dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membaca liputan manga dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post