Di acara The Game Awards tahun ini, kita dapat berita bahawa francais Transformers sedang mengusahakan game baru bertajuk Transformers: Reactivate! Tidak banyak info telah didedahkan tetapi ia merupakan game online action co-op untuk konsol dan PC.
Dengan kerjasama Hasbro, Inc, game ini dibangunkan dan diterbitkan secara eksklusif oleh Splash Damage, yang berpangkalan di London. Jadi apa yang kita tahu tentang gameplay keseluruhan?
Seperti saya kata tadi, Transformers: Reactivate ialah game 1-4 “online action co-op” untuk PC dan konsol yang menawarkan peluang kepada pemain dan peminat untuk meneroka kisah baru daripada perspektif yang lagi unik dalam universe Transformers.

Di sini, kita dapat bermain beberapa watak kegemaran Transformers; setiap satu sangat “unik dan berkuasa” serta boleh menukar bentuk antara kenderaan/bot dengan lancar semasa bertarung dengan The Legion; ancaman terbesar yang pernah dihadapi oleh Autobots.
Sinopsis:
Ancaman paling bahaya kepada umat manusia telah tiba… Dan ia sudah menang.
Bumi bukan lagi milik kita; ia milik mereka. Apa yang kami tinggalkan hanyalah harapan untuk Autobots, sambil menyelamatkan mereka dari runtuhan yang ditinggalkan.

Bak kata naib presiden kanan pembangunan perniagaan dan pelesenan digital Hasbo, Eugene Evans dalam kenyataan akhbar:
“Peminat telah menanti dengan penuh semangat untuk game baharu yang memasukkan mereka ke dalam universe ikonik Transformers kami. Kami sangat teruja untuk berkongsi pandangan pertama pada salah satu malam terbesar dalam gaming.”
“Splash Damage mempunyai rekod prestasi yang menakjubkan dengan beberapa IP paling terkenal di dunia dan mempunyai semangat kreatif kuat untuk jenama Transformers.
Kami yakin bahawa Transformers: Reactivate akan menjadi sangat popular di kalangan komuniti Transformers dan meneruskan strategi Hasbro Blueprint 2.0 untuk mencipta hiburan berjenama kelas pertama merentas pelbagai kategori dan platform termasuk permainan video.”

Setakat itu sahaja maklumat yang diumumkan. Walaupun game ini akan keluar di konsol, kita tidak tahu konsol apa secara tepat ia akan dikeluarkan. Tetapi EA mendedahkan bahawa ujian beta tertutup dirancang untuk musim sejuk 2023, jadi peminat boleh tunggu untuk maklumat lanjut.
Untuk membaca segala liputan kami tentang The Game Awards 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post