Square Enix telah mendedahkan trailer terbaru untuk Final Fantasy VII Remake Intergrade, dengan info baru tentang kandungan tambahannya. Trailer tersebut ditunjukkan di hujung acara siaran langsung yang memberi butiran terkini tentang mobile battle royale Final Fantasy 7: The First Soldier. Anda boleh lihat trailer di bawah:
Trailer ini bermula dengan montaj di penghujung Final Fantasy VII Remake. Ini termasuk pertarungan dengan orang Turk dan pelbagai bos jahat. Trailer ini juga menampilkan Weiss, seorang anggota Shinra Deepground yang memakai katana. Kemudian, ia diteruskan dengan beberapa adegan dari episod baru Remake Intergrade, yang secara rasmi berjudul “EPISODE INTERmission.” Kita sekali lagi akan melihat Yuffie memakai hoodie moogle nya sedang mengedarkan kacang Wutai kepada anggota Avalanche. Dia dijemput untuk bermain “Condor“, yang beralih ke adegan minigame Fort Condor.
Umpama sebuah simulasi catur, pemain akan mengawal pelbagai unit dan harus menewaskan pihak lawan di Fort Condor, sebuah lokasi di luar Midgar. Interaksi Yuffie dan Sonon dengan Scarlet (eksekutif Shinra) juga ditunjukkan, termasuk pertarungan bosnya. Yuffie dan Sonon kemudian bertarung dengan Nero, adik kepada Weiss dan antagonis di game Dirge of Cerberus (PS2).
Trailer ini berakhir dengan mengesahkan bahawa pemain yang memiliki versi PS4 Final Fantasy VII Remake akan dapat menaik taraf ke versi PS5. Dari sana, Episode INTERmission akan tersedia sebagai DLC tambahan untuk versi yang ditingkatkan. Episode INTERmission akan menjadi satu-satunya DLC untuk Remake Intergrade, kerana fokus pasukan pembangunan akan beralih sepenuhnya ke sekuel Final Fantasy VII Remake seterusnya setelah pengembangan Intergrade selesai.
Final Fantasy VII Remake Intergrade rasmi akan keluar di PlayStation 5 pada 10 Jun 2021. Untuk segala liputan kami tentang FF7 Remake Intergrade, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post