Dengan berbaki kurang daripada seminggu, trailer rasmi Attack on Titan The Final Season Part 3 telah pun didedahkan. Bukan setakat itu sahaja, SIM kembali dengan lagu opening terbaru bertajuk “Under the Tree” untuk musim akhir ini. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Seperti yang diumumkan pada awal bulan yang lalu, Attack on Titan Final Season Part 3 Part 1 akan ditayangkan selama sejam pada 4 Mac ini.
Dengan tayangan selama sejam ini, nampaknya kita akan melihat perarakan besar Titan yang memusnahkan dunia itu dengan gemilangnya. Pasti ramai peminat tidak sabar untuk melihat apa yang dihasilkan oleh MAPPA untuk adegan tersebut. Dalam manga sahaja sudah memberikan impak yang besar, apatah lagi jika ia berbentuk animasi.

Buat masa ini tiada lagi maklumat mengenai bahagian kedua anime tetapi ada kemungkinan besar ianya diumumkan selepas tayangan episod awal Mac nanti.
Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Attack on Titan merupakan karya manga oleh Hajime Isayama dan pertama kali diterbitkan dalam Bessatsu Shounen Magazine pada tahun 2009. Siri manga tersebut sudah pun berakhir pada bulan April 2021 dengan jilid ke-34.

Ia telah mendapat adaptasi anime oleh Wit Studio pada tahun 2013 dan telah diambil alih oleh MAPPA untuk musim terakhir yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan setakat anime sahaja, siri ini juga mendapat adaptasi filem live action, novel dan juga game, tidak kiralah konsol mahupun mobile.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post