Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita
0 0
0
Trailer Pertama Grand Theft Auto 6 Akan Ditayangkan Pada 5 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

Baru tadi, Rockstar Games mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan trailer pertama untuk Grand Theft Auto (GTA) 6 pada 5 Disember pukul 10 malam. Pengumuman ini dibuat melalui tweet yang memaparkan imej teks di bawah yang menampilkan latar belakang pokok kelapa dan langit ungu/oren:

pic.twitter.com/BguwiJokQt

— Rockstar Games (@RockstarGames) December 1, 2023

Sebelum ini, Sam Houser, Presiden Rockstar Games pernah kongsi mesej berikut yang dikeluarkan melalui laman web mereka. Di bawah ada adalah penterjemahannya:

“Bulan depan menandakan ulang tahun ke-25 Rockstar Games.

Terima kasih kepada sokongan luar biasa pemain kami di seluruh dunia, kami mempunyai peluang untuk mencipta game yang kami benar-benar minati — tanpa anda, semua ini tidak akan dapat dicapai, dan kami amat berterima kasih kepada anda semua kerana berkongsi perjalanan ini dengan kami.

Pada tahun 1998, Rockstar Games telah diasaskan atas idea bahawa game video boleh menjadi penting kepada budaya seperti mana-mana bentuk hiburan lain, dan kami berharap kami telah mencipta game yang anda sukai dalam usaha kami untuk menjadi sebahagian daripada evolusi itu.

Kami sangat teruja untuk memberitahu anda bahawa pada awal Disember, kami akan mengeluarkan trailer pertama untuk Grand Theft Auto seterusnya.

Kami berharap untuk berkongsi pengalaman ini bertahun-tahun lagi dengan anda semua.”

Kredit: Rockstar Games

Apa yang anda ingin lihat dalam GTA 6 nanti? Boleh kongsikan idea anda di ruang komen! Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autogta 6trailer
ShareTweetSend
Previous Post

“Jika Fusion Dragon Ball Berlaku Di Dunia Sebenar?” – Jawapan Saintifik Oleh Saintis

Next Post

Anime Suicide Squad ISEKAI Tampil Pada 2024, Mengenalkan Watak-Watak Utama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Anime Suicide Squad ISEKAI Tampil Pada 2024, Mengenalkan Watak-Watak Utama!

Anime Suicide Squad ISEKAI Tampil Pada 2024, Mengenalkan Watak-Watak Utama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd