Trailer terbaru bagi anime Gundam: The Witch from Mercury telah dikeluarkan dan banyak yang didedahkan termasuk watak-watak baru dan tarikh tayangan. Menurut trailer tersebut, ia bakal ditayangkan bermula 2 Oktober 2022 di Jepun dan bakal ditayangkan di seluruh dunia secara “simulcast”.

Bersama-sama dengan trailer tersebut, mereka juga mendedahkan lagu pembukaan bagi anime Gundam kali ini adalah “The Blessing” daripada Yoasobi. Bukan itu sahaja, mereka juga mengeluarkan “key visual” baru yang menampilkan watak utama berserta Gundam Aerial.
Berikut adalah watak-watak utama yang bakal muncul dalam siri anime Gundam: The Witch from Mercury.
- Suletta Mercury – Kana Ichinose
- Miorine Rembran – Lynn
- Gel Jeturk – Youhei Azakami
- Elan Ceres – Natsuki Hanae
- Shaddiq Zenelli – Makoto Furukawa
- Nika Nanaura – Yume Miyamoto
- Chuatury Panlunch – Miyu Tomita

Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai siri Gundam terbaru ini, berikut adalah sinopsis pendek mengenainya:
A.S. (Ad Stella) 122―
Satu era apabila banyak syarikat telah mula dibuka dan membina ekonomi yang besar. Seorang gadis dari planet terpencil, Mercury berpindah ke Asticassia School of Technology, dikendalikan oleh Beneritt, Group yang mendominasi industri mobile suit.
Nama gadis tersebut ialah Suletta Mercury. Dengan cahaya merah terang yang membara dalam hatinya, gadis ini akan melangkah ke sebuah dunia yang baru.
Hiroshi Kobayashi (Dragon Pilot: Hisone and Masotan, Kiznaiver) mengarahkan Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury dengan bantuan Ryou Andou (Interviews with Monster Girls) dan Ichirou Ohkouchi (Code Geass) sebagai komposer siri.
Illustrator Mogumo ialah pereka watak asal, manakala Marie Tagashira (Mobile Suit Gundam: Hathaway), Juri Toida (Gundam Build Divers Battlogue), dan Hirotoshi Takaya (Mobile Suit Gundam Thunderbolt) adalah pereka watak. Dan sudah pasti ramai lagi kaki tangan yang turut terlibat sama dalam membangun siri Gundam: The Witch from Mercury.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Gundam: The Witch from Mercury ini akan ditayangkan di Jepun bermula 2 Oktober 2022 manakala tayangan seluruh dunia akan dilakukan secara “simulcast.” Sebelum saya terlupa, mereka telah melancarkan “Prologue” pada 1 September yang lepas. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya secara percuma di YouTube GundamInfo.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, game, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post