Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Guardians of the Galaxy Vol 3 dikeluarkan, filem terakhir mereka bersama selamatkan dunia!

safwan by safwan
February 13, 2023
in Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Movie/siri, TGV Cinemas
0 0
0
Trailer baru Guardians of the Galaxy Vol 3 dikeluarkan, filem terakhir mereka bersama selamatkan dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Super Bowl yang berlangsung di Amerika Syarikat pagi tadi, Marvel Entertainment telah mengeluarkan trailer baharu kepada filem yang bakal ditayangkan pada 5 Mei 2023 iaitu Guardians of the Galaxy Vol 3.

Seperti yang kita tahu, ansuran yang ketiga ini adalah filem terakhir mereka beraksi bersama sebagai Guardians of the Galaxy. Dalam trailer ini, kita telah melihat pelbagai aksi yang lebih banyak termasuk Star Lord menyelamatkan dunia buat kali terakhir.

Pada pengawalan trailer, mereka memberikan “recap” yang Star Lord telah berputus asa selepas kehilangan Gamora. Namun, apa yang kita akan lihat di dalam filem ini nanti ialah Gamora versi awal sebelum mereka berkenalan. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada mereka akan jatuh cinta sekali lagi atau tidak.

Mereka juga menunjukkan lebih banyak adegan tentang villain utama dalam filem ini iaitu The High Evolutionary dan Adam Warlock. Di dalam trailer ini, The high Evolutionary telah mengatakan yang misi rahsianya adalah untuk mencipta masyarakat yang sempurna. Tetapi kebenarannya adalah “dia sebenarnya tidak mahu sesuatu yang sempurna.. Dia hanya membenci sesuatu dengan cara mereka,” kata Rocket.

Adegan aksi yang dilakukan oleh Groot bersama Star Lord nampak sangat epik dengan Groot mengeluarkan banyak tangan sambil memegang senjata dan menembak musuh. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menampilkan lebih banyak aksi dan drama.

Bukan sahaja The High Evolutionary akan menjadi villain utama, Adam Warlock juga akan muncul di dalam filem ketiga ini sebagai villain tetapi saya yakin yang dia akan berubah dan bekerjasama bersama Guardians of the Galaxy nanti.

Chris Pratt kembali sebagai Peter Quill (Star Lord) bersama yang lain termasuk Zoe Saldana (Gamora), Dave Bautista (Drax), Vin Diesel (Groot), Bradley Cooper (Rocket), Karen Gillan (Nebula), Pom Klementieff (Mantis) dan ramai lagi. Villain utama dalam filem ini ialah The High Evolutionar yang dilakonkan oleh Chukwudi Iwuji bersama Will Poulter sebagai Adam Warlock. Berikut adalah sinopsis rasmi Guardians of the Galaxy Vol 3:

Dalam Marvel Studios “Guardians of the Galaxy Vol. 3”, Peter Quill yang masih terkial-kial kerana kehilangan Gamora, perlu mempertahankan universe bersama-sama dengan melindungi salah satu daripada mereka sendiri. Jika tidak diselesaikan dengan jayanya, berkemungkinan besar akan membawa kepada penamatan Guardians seperti yang kita kenali.

Guardians of the Galaxy Vol 3 akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 4 Mei 2023 dan ini merupakan projek ketiga dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 5 selepas siri Secret Invasion yang ditayangkan di Disney+ nanti.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Adam WarlockGuardians of the Galaxy Vol. 3Marvel EntertainmentmcuThe High Evolutionary
Previous Post

The Flash Tampil Dengan Trailer Rasmi Pertama! Bakal Hadir ke Pawagam Jun Ini!

Next Post

Giveaway Persona 3 Portable — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Giveaway Persona 3 Portable — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Giveaway Persona 3 Portable — Komen Untuk Menang Kod Steam Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd